FIKAH 3.3 SOLAT JENAZAH

3.3 SOLAT JENAZAH

Erti Solat Jenazah
__________________
1. Solat jenazah ialah solat ke atas orang mati yang beragama Islam.
2. Solat jenazah juga dikenali dengan solat mayat.
3. Hukum mengerjakan solat jenazah ialah fardhu kifayah.
4. Ini sebagaimana sabda Rasululllah(s.a.w.):-
   صَلُّوْا عَلَى مَنْ قَالَ :لَا اِلٰهَ اِلَّا اللَّه
   Ertinya:Sembahyangkanlah ke atas orang yang mengucap:Laa ilaa ha illallah.
   صَلُّوْا عَلَى مَوْتَا كُمْ 
   Ertinya:Sembahyanglah ke atas orang-orang kamu yang mati.
5. Waktu patut disembahyangkan ialah selepas mayat itu dimandikan dan dikapankan.Sembahyang ini sunat dikerjakan secara berjemaah.
6. Kedudukan imam semasa menyembahyangkan mayat lelaki ialah dekat dengan kepala.
7. Bagi mayat perempuan pula,imam hendaklah berdiri di tengah-tengah badan.
8. Rukun sembahyang jenazah ada 7:
   (a) Niat;
   (b) Berdiri bagi yang kuasa;
   (c) Takbir empat kali termasuk takbiratul-Ihram;
   (d) Membaca Al-fatihah selepas takbiratul-Ihram;
   (e) Selawat atas Nabi selepas takbir yang kedua,sekurang-kurangnya
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
   (f) Doa bagi si mati selepas takbir yang ketiga,sekurang-kurangnyaاَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَا فِهِ وَاعْفُ عَنْهُ  bagi mayat lelaki danاَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَاوَعَا فِهَاوَاعْفُ عَنْهَا bagi mayat perempuan;
   (g) Memberikan salam selepas takbir yang keempat.(Sunat membacakan doa selepas takbir keempat sebelum memberikan salam).

Doa Sebelum Salam Selepas Takbir yang Keempat
______________________________________
اَللَّهُمَّ لَا تَحْرِ مْنَا اَجْرَهُ(هَا)وَلَا تَفْتِنَّا بَعْدَهُ(هَا)
وَاغْفِرْ لَنَاوَلَهُ(هَا)وَلِإِخْوَا نِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالِْا يْمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُو بِنَا غِلًّا لِّلَذِيْنَ أٰمَنُوْا رَبَّنَاإِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ 
Ertinya:Ya Allah!Janganlah Engkau rugikan kami daripada mendapat pahalanya.Janganlah Engkau datangkan kepada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah dosa kami serta dosanya dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan dan janganlah Engkau jadikan di hati kami kedengkian bagi orang-orang yang beriman.Tuhan kami,sesungguhnya Engkau Maha Belas Kasihan lagi Maha Penyayang.



Lafaz Niat Solat Jenazah
________________________
1. Lafaz Niat bagi mayat lelaki:
   اُصَلِّى عَلَى هٰذَا الْمَيِّتِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةٍ (مَأْمُوْمَا/اِمَامًا)لِلّٰهِ تَعَالَى 
   Sahaja aku sembahyang atas mayat lelaki ini empat takbir fardhu kifayah(mamkmum/imam) kerana Allah Taala.
2. Lafaz niat mayat kanak-kanak lelaki:
     اُصَلِّى عَلَى هٰذَا الْمَيِّتِ الطِّفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةٍ (مَأْمُوْمَا/اِمَامًا)لِلّٰهِ تَعَالَى
   Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat takbir fardhu kifayah(makmum/imam) kerana Allah Taala.
3. Lafaz niat mayat perempuan:
   اُصَلِّى عَلَى هٰذِهِ الْمَيِّتِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةٍ (مَأْمُوْمَا/اِمَامًا)لِلّٰهِ تَعَالَى 
   Sahaja aku sembahyang atas mayat perempuan ini empat takbir fardhu kifayah(makmum/imam) kerana Allah Taala.
4. Lafaz niat mayat kanak-kanak perempuan:
   اُصَلِّى عَلَى هٰذِهِ الْمَيِّتِ الطِّفْلَةِاَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةٍ (مَأْمُوْمَا/اِمَامًا)لِلّٰهِ تَعَالَى
   Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat takbir fardhu kifayah(makmum/imam) kerana Allah Taala.
5. Lafaz niat mayat ghaib:  
   اُصَلِّى عَلَى مَيِّتِ فُلَانِ الْغَاىِٔبِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةٍ (مَأْمُوْمَا/اِمَامًا)لِلّٰهِ تَعَالَى
   Sahaja aku sembahyang mayat ghaib si polan empat takbir fardhu kifayah(makmum/imam) kerana Allah Taala.

Doa Sembahyang Jenazah
______________________

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Ertinya:Tuhanku!Ampunilah dia,kasihanilah dia,sejahterakan dia,muliakan kedatangannya,lapangkan tempat masuknya,bersihkan dia dengan air dan air salji serta air batu dan bersihkan dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan kain putih daripada kekotoran,gantikan dia rumah yang lebih baik daripada rumahnya dan ahli yang lebih baik daripada ahlinya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya dan masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan fitnahnya daripada azab neraka.

Jika mayat kanak-kanak kecil,sesudah membaca doa di atas,lebih baik ditambah lagi dengan doa:
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْهُ لَنَا سَلَفًاوَفَرَطًا وَأَجْرًا
Ertinya:Ya Allah!Jadikanlah dia peninggalan dan pemberian serta pahala kepada kami.

Perkara-perkara Sunat Sembahyang Jenazah
________________________________________
1. Mengangkat tangan waktu takbir
2. Merendahkan suara bacaan
3. Membaca:أَعُوْذُباِللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
4. Sembahyang secara berjemaah
5. Sebaik-baiknya diimamkan oleh anggota keluarga mayat sendiri
6. Membaca sebarang doa kepada mayat selepas sembahyang
7. Jika mayat lelaki maka imam berdiri dekat kepala
8. Jika mayat perempuan maka imam berdiri di tengah-tengah badan

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH