TAUHID 4.1 PERCAYA KEPADA ALLAH

4.1 PERCAYA KEPADA ALLAH

1. Erti iman ialah percaya dan membenarkan sesuatu di dalam hati,mengaku dengan lidah dan mengamalkannya dengan seluruh anggota.
2. Rukun iman ada enam:
   (a) Percaya kepada Allah;
   (b) Percaya kepada Malaikat;
   (c) Percaya kepada Rasul-Rasul Allah;
   (d) Percaya kepada Kitab-Kitab Allah;
   (e) Percaya kepada Hari Kiamat;
   (f) Percaya kepada Qada dan Qadar.
3. Sebab-sebab orang Islam wajib beriman dengan Allah:
   (a) Allah Taala bersifat dengan sifat yang sempurna-selain Allah bersifat dengan sifat kekurangan;
   (b) Allah mengadakan(mewujudkan) sesuatu dan bukan diadakan(diwujudkan)-selain Allah diadakan dan tidak dapat mengadakan sesuatu;
   (c) Allah ada kuasa membuat sesuatu yang diinginiNya tanpa pertolongan sesiapa.Tidak ada sesiapa yang dapat menghalang kehendak Allah,sedangkan selain Allah tidak dapat membuat sesuatu yang diingini dan orang lain boleh menghalang keiinginannya;
   (d) Allah kekal,hidup,mendengar,mengetahui dan berkuasa serta mempunyai sifat-sifat kesempurnaan yang lain.Adapun yang bukan Allah tidak kekal -iaitu  mati,buta,tuli,tidak mengetahui apa-apa dan tidak berkuasa;jikalau mengetahui tidaklah semuanya,itupun dengan kurniaan Allah.
4. Cara kita mengenal Allah ialah dengan meneliti,mengkaji serta memerhati kejadian alam ini.Ini seperti kita memerhati kejadian matahari,bulan,bintang,pertukaran siang dan malam,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.Kita akan berpendapat bahawa semua kejadian ini ada penciptanya,penjadinya dan pentadbirnya yang bijak dan yang berkuasa.Kejadian alam ini tidak ada jikalau tiada penciptanya.Maka pencipta dan pentadbir yang bijak serta berkuasa itu ialah Allah.
5. Dalil naqli bahawa Allah Esa adalah sebagaimana firman Allah: 
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ.ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ.لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَد.وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ.
(سورة الاخلاص 4-1)
 Ertinya:Katakanlah!Dialah Allah Yang Maha Esa.Allah tempat meminta.Tiada ia beranak dan tidak Ia diperanakkan.Dan tidak ada bagiNya imbangan sesuatu pun.
6. Dalil aqli bahawa Allah itu Esa ialah:sekiranya Tuhan yang menjadikan alam ini berbilang-bilang(banyak) maka sudah tentu alam ini tiada kerana masing-masing ingin menjadikan alam ini mengikut daya cipta masing-masing dan akhirnya alam ini akan binasa.Oleh kerana alam ini begitu indah kita lihat;maka sudah tentu Allah Yang Maha Esa menciptanya.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH