FIKAH 2.5 CARA-CARA ORANG SAKIT SOLAT(SEMBAHYANG)

2.5 CARA-CARA ORANG SAKIT SOLAT(SEMBAHYANG)

1. Solat merupakan ibadat yang paling penting di dalam Islam.
2. Sempurnanya ibadat seseorang bergantung kepada kesempurnaan solat.Solat merupakan ibadat yang pertama sekali disoal di akhirat kelak.
3. Ini adalah sebagaimana sabda Rasulullah(s.a.w.) yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah:
اَوَّلُ مَايُحَاسَبُ عَلَيْهِ الْعَبْدُيَوْمَ الْقِيَامَةِ الصَّلَاةُ.فَاِنْ صَلَحَتْ صَلَحَ سَاىِٔرُ عَمَلِهِ وَاِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَاىِٔرُ عَمَلِهِ  
           (رواه ابن ماجه)
   Ertinya:Perkara yang mula-mula yang akan ditanya tentang diri seseorang manusia pada hari kiamat nanti ialah solat.Sekiranya solat itu baik maka baiklah segala amalannya dan sekiranya rosak maka rosaklah semua amalannya.
4. Solat wajib ditunaikan pada setiap masa kecuali apabila akal fikiran sudah tidak siuman atau tidak sedar.
5. Solat fardhu ini diperintah sendiri oleh Allah kepada Nabi Muhammad(s.a.w.) semasa peristiwa Israk dan Mikraj,tidak seperti ibadat yang lain yang disampaikan melalui Jibril.
6. Solat amat istimewa sehingga dikatakan sebagai tiang agama sebagaimana sabda 
(s.a.w.) yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
رَأْسُ الْاَمْرِالْاِسْلَامُ وَعُمُوْدُهُ الصَّلَاةُ وَذِرْوَةٌ سَنَامِهِ الْجِهَادُ فِى سَبِيْلِ اللّٰهِ  
(   رواه البخارى ومسلم )
   Ertinya:Permulaan segala perkara itu ialah agama Islam,tiangnya solat dan kemuncak ketinggiannya ialah berjuang ke jalan Allah.
7. Walau bagaimanapun agama Islam memberikan kelonggaran atau kemudahan untuk solat.
8. Jika seseorang tidak berkuasa untuk berdiri,boleh dilakukan sambil duduk,jika tidak kuasa untuk duduk bolehlah dilakukan sambil baring mengiring dan jika tidak kuasa baring mengiring bolehlah dilakukan sambil baring menelentang.
9. Dalil ini adalah sebagaimana sabda Rasulullah(s.a.w.) yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah:
صَلِّ قَاىِٔمًافَاِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَاِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَتْبٍ فَاِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَمُسْتَلْقِيًا   
     (رواه ابن ماجه)
   Ertinya:Solatlah dengan cara berdiri,kalau tidak berkuasa solatlah dengan cara duduk,kalau tidak berkuasa solatlah dengan cara mengiring,kalau tidak berkuasa juga solatlah dengan cara menelentang.
 
Cara Solat Sambil Duduk
_______________________
1. Cara sambil duduk ialah duduk iftirasy iaitu duduk di atas dua tapak kaki sebagaimana duduk pada masa tasyahud awal solat.
2. Rukuk memadai dengan menundukkan kepala sehingga dahi bersetentang dengan tempat sujud.
3. Iktidal adalah dengan mengangkatkan kepala seperti biasa tetapi melepaskan tangan.
4. Rukun yang lain adalah sama seperti solat biasa.
   
   
Gambar menunjukkan cara solat sambil duduk Cara Solat Sambil Mengiring ___________________________ 1. Apabila mengiring hendaklah di atas rusuk kanan dangan dada dan muka mengadap kiblat. 2. Rukuk dan sujud hendaklah dengan isyarat kepala.Isyarat sujud hendaklah lebih rendah daripada isyarat rukuk. 3. Jika tidak kuasa dengan kepala,bolehlah dilakukan dengan isyarat mata. 4. Jika tidak kuasa juga dengan kelopak mata,bolehlah dikerjakan di dalam hati sahaja.
Gambar menunjukkan cara solat sambil mengiring Cara Solat Sambil Menelentang _____________________________ 1. Cara menelentang adalah dengan melunjurkan kaki ke kiblat. 2. Kepala hendaklah ditinggikan sedikit dengan bantal atau sebagainya supaya terangkat untuk memandang ke kiblat. 3. Untuk memberikan isyarat rukuk,sujud dan perpindahan rukun-rukun yang lain,adalah sama seperti solat sambil mengiring.
Gambar menunjukkan cara solat sambil menelentang

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

  

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH