SEJARAH 9.19 KEWAFATAN SAYIDINA ALI

9.19 KEWAFATAN SAYIDINA ALI

1. Orang Khawarij merancangkan pembunuhan Sayidina Ali,Muawiyah dan Amru bin Al-As,secara serentak:
   (a) Abdul Rahman bin Muljam ditugaskan membunuh Sayidina Ali di Kufah;
   (b) Borak bin Abdullah ditugaskan membunuh Muawiyah di Syam;
   (c) Amru bin Bakar ditugaskan membunuh Amru bin Al-As di Mesir.
2. Pembunuhan ini dilakukan pada 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah,dengan hasil:
   (a) Muawiyah terselamat kerana tidak tepat ditetak oleh Borak;
   (b) Amru bin Al-As terselamat kerana ketika itu beliau uzur dan tidak pergi solat,Kharijah bin Habib yang menggantikannya dibunuh kerana Amru menyangka Kharijah itu adalah Amru bn Al-As;
   (c) Sayidina Ali terbunuh ketika menyeru orang ramai supaya menunaikan solat Subuh.
3. Sayidina Ali wafat pada 17 Ramadhan 40 Hijrah,berusia 63 tahun dan menjadi khalifah selama empat tahun lebih. 
4. Jenazahnya dimakamkan di Kufah.
5. Setelah Sayidina Ali wafat,maka pengikutnya melantik anaknya yang bernama Hasan menjadi khalifah.
6. Hasan yang tidak suka akan pergaduhan sesama Islam meletakkan jawatan dan menyerahkan Kufah kepada Muawiyah dengan beberapa syarat.
7. Peristiwa ini berlaku pada bulan Rabiulawal 41 Hijrah.
8. Tahun ini dikenali sebagai "Tahun Perdamaian".

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH