SEJARAH 8.4 PEPERANGAN BADAR-KEBENARAN BERPERANG

8.4 PEPERANGAN BADAR-KEBENARAN BERPERANG

1. Setelah orang-orang Quraisy mengetahui Rasulullah(s.a.w) telah menetap di Madinah dan agama Islam mula berkembang di sana,mulalah mereka mengganggu orang-orang Islam yang keluar dari kota Madinah sama ada yang berniaga atau sebagainya.
2. Oleh kerana tekanan yang dilakukan oleh orang-orang Quraisy terhadap orang-orang Islam,maka Allah menurunkan ayat Al-Quran yang membenarkan orang Islam memerangi orang-orang Quraisy.
3. Antara ayat itu ialah dari surah al-Baqarah ayat 190:
   وَقَٰتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا۟ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ
   Ertinya:Berperanglah di jalan Allah bagi melawan orang-orang yang memerangi kamu,tetapi janganlah kamu melampaui batas,sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
4. Tujuan peperangan di dalam Islam ini adalah:
   (a) mempertahankan diri daripada serangan musuh;
   (b) mempertahankan kedaulatan agama dan pemerintahan Islam daripada serangan musuh;
   (c) mempertahankan kebebasan beragama;
   (d) menyekat kegiatan musuh yang mengganggu dan mengganas;
5. Peperangan Badar berlaku kerana orang Quraisy sentiasa mengganas dan mengganggu orang-orang Islam yang keluar berniaga dari Madinah.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH