SEJARAH 8.10 TINDAKAN RASULULLAH(S.A.W.) BAGI MENGHADAPI PEPERANGAN

8.10 TINDAKAN RASULULLAH(S.A.W.) BAGI MENGHADAPI PEPERANGAN

1. Rasulullah(s.a.w.) diberitahu oleh bapa saudaranya Al-Abbas bin Abdul Muttalib yang tinggal di Mekah tentang rancangan orang-orang Quraisy itu.
2. Apabila mendengarkan berita itu,maka Rasulullah(s.a.w.) mengadakan mesyuarat dan melengkapkan angkatan tentera untuk menentang orang-orang Quraisy.
3. Rasulullah(s.a.w.) memberikan cadangan supaya bertahan di kota Madinah.Tetapi segolongan pemuda memberikan cadangan bertahan di luar kota Madinah.Setelah diundi maka cadangan bertahan di luar kota Madinah mendapat persetujuan ramai.
4. Rasulullah(s.a.w.) pun keluar bersama dengan tentera sebanyak 1000 orang.Di dalam perjalanan,300 orang yang terdiri daripada orang-orang munafikin yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai telah pulang ke Madinah.
5. Sampai di Uhud,maka Rasulullah(s.a.w.) melantik 50 orang tentera pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Zubair supaya bertahan di puncak bukit dengan pesanan jangan meninggalkan puncak bukit sama ada kalah atau menang selagi belum menerima arahannya.
6. Susunan pasukan tentera Islam seperti berikut:
   (a) Panji-panji Muhajirin dipegang oleh Musaab bin Umair;
   (b) Panji-panji Aus dipegang oleh Usaid bin Huzair;
   (c) Panji-panji Khazraj dipegang oleh Al-Hubab bin Al-Muzair.
7. Susunan pasukan tentera Musyrikin Mekah seperti berikut:
   (a) Abdul Uzza Talhah bin Abi Talhah;
   (b) Khalid bin Al-Walid bahagian sebelah kanan;
   (c) Ikrimah bin Abi Jahal bahagian sebelah kiri;
   (d) Hindun binti Utbah mengetuai kaum ibu Musyrikin.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH