TAUHID 6.4 MANUSIA BERHAJAT KEPADA RASUL

6.4 MANUSIA BERHAJAT KEPADA RASUL

1. Manusia berhajat kepada rasul kerana manusia dijadikan oleh Allah dengan sifat-sifat yang lemah dan jahil.
2. Banyak perkara yang tidak diketahui mereka terutama soal-soal ghaib,ibadat,mengawal hawa nafsu ke arah yang betul dan mengatur masyarakat yang sempurna.
3. Kehajatan manusia kepada rasul terbahagi kepada tiga:
   (a) Segi iktikad kepercayaan;
   (b) Segi ibadat;
   (c) Segi kemasyarakatan;
4. Segi iktikad kepercayaan:
   (a) Tabiat semulajadi manusia adalah mempercayai adanya kuasa ghaib yang menguasai alam ini.Mereka mencari kuasa ghaib ini tetapi akal fikiran manusia terbatas kepada apa yang ada di sekeliling mereka sahaja.
   (b) Dengan panduan akal yang lemah,timbul bermacam-macam sangkaan dan pendapat,malah ada yang menganggap apa yang kuat di sekeliling mereka itulah yang berkuasa dan patut disembah.
   (c) Oleh itu terjadilah bermacam-macam penyembahan seperti menyembah matahari,bulan,bintang,berhala dan sebagainya.
   (d) Untuk memimpin manusia daripada kesesatan dan kejahilan,ini,pimpinan dan tunjuk ajar daripada rasul amat perlu.
   (e) Dengan adanya rasul,manusia dapat mengetahui berita-berita ghaib seperti syurga,neraka dan balasan baik dan jahat.
5. Segi amal ibadat:
   (a) Dengan akal yang salah manusia mengaku dan mengagungkan benda-benda yang dianggap menguasai alam ini.Mereka melakukan berbagai-bagai upacara penyembahan.
   (b) Hasil daripada itu timbullah bermacam-macam upacara amal ibadat mengikut akal fikiran dan kemahuan hati.
   (c) Oleh itu manusia berhajat kepada rasul untuk menunjuk mereka cara-cara beribadat yang diredhai Allah dan tidak dengan cara rekaan dan khayalan masing-masing.
6. Segi kemasyarakatan:
   (a) Manusia ingin hidup bermasyarakat,bergaul dengan orang ramai dan tidak sepatutnya memencilkan diri daripada orang ramai.
   (b) Tabiat manusia tidak sama di antara satu sama lain.Ada yang cerdik,bodoh,kuat,lemah,kaya,miskin dan sebagainya.
   (c) Sering berlaku tindas-menindas dan peras-memeras antara mereka yang menjadikan masyarakat kucar-kacir.
   (d) Untuk membetulkan keadaan ini,maka manusia perlu kepada rasul untuk memimpin mereka kepada ketinggian,kemuliaan dan kebenaran.
7. Terdapat hikmah di sebalik perutusan para rasul:
   (a) Supaya manusia mengenal pencipta alam yang sebenarnya;
   (b) Supaya manusia beribadat kepada Allah dengan cara yang betul;
   (c) Supaya  manusia dapat hidup berbahagia di dalam keadaan masyarakat yang sempurna dan aman;
   (d) Supaya manusia dapat mengetahui soal-soal ghaib.
 
~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH