TAUHID 6.6 NABI MUHAMMAD RASUL PENYUDAH

6.6 NABI MUHAMMAD RASUL PENYUDAH

1. Rasul yang pertama diutuskan oleh Allah ialah Nabi Adam.
2. Nabi Adam dijadikan oleh Allah daripada tanah dan dialah manusia yang pertama.
3. Isterinya bernama Hawa.
4. Keturunan Adam dan Hawa adalah asal manusia.
5. Selepas Adam,banyak lagi rasul diutuskan oleh Allah kepada umat manusia.
6. Rasul yang terakhir pula ialah nabi Muhammad(s.a.w.).
7. Nabi Muhammad(s.a.w.) diutus oleh Allah kepada semua manusia.
8. Dalil yang menunjukkan nabi Muhammad(s.a.w.) diutuskan oleh Allah kepada semua manusia adalah sebagaimana firman Allah di dalam surah Sabak ayat 28:
   وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا كَآفَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
(سورة سباء-28)
   Ertinya:Tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan kepada seluruh manusia.
9. Oleh itu nabi Muhammad(s.a.w.) adalah penyudah nabi-nabi.
10.Penyudah nabi-nabi di dalam bahasa Arab disebut sebagai 
"Khatamul Anbiyak"(خَاتَمُ الْاَنْبِيَاءُ) atau "Khatamun Nabiyyina"(خَاتَمُ النَّبِيِّيْنَ)
11.Ertinya selepas Nabi Muhammad(s.a.w.) tidak ada nabi lagi yang diutus oleh Allah dan sesiapa yang mengaku menjadi nabi maka orang itu adalah pembohong besar.
12.Dalil daripada Al-Quran bahawa Nabi Muhammad(s.a.w.) adalah rasul yang terakhir adalah sebagaimana firman Allah di dalam suraj al-Ahzab:
   مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّۦنَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا  
(سورة الأحزاب-40)
   Ertinya:Muhammad bukanlah bapa kepada seorang daripada kamu,tetapi dia adalah pesuruh Allah dan penyudah nabi-nabi dan Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.
13.Dalil daripada Al-Hadis yang membuktikan bahawa nabi Muhammad(s.a.w.) adalah rasul yang terakhir sebagaimana sabda Rasulullah(s.a.w.):
   لَا نَبِيَّ بَعْدِىْ
   Ertinya:Tidak ada lagi nabi selepasku.
14.Rasulullah(s.a.w.) mempunyai kelebihan daripada rasul-rasul lain:
   (a) Baginda rasul yang paling mulia dan utama;
   (b) Baginda diutuskan oleh Allah kepada semua manusia;
   (c) Baginda penyudah sekalian nabi dan rasul.
15.Nabi Muhammad(s.a.w.) menjadi rasul terakhir kerana seruan agama yang dibawa oleh baginda sudah sesuai dengan keadaan zaman kemajuan manusia,tempat,masa dan semua bangsa.Maka manusia tidak perlu kepada rasul yang baru untuk membawa agama yang baru.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH