TAUHID - B ALAM BARZAKH

ALAM BARZAKH
============
Alam tempat tinggal manusia yang telah meninggal dunia dan mereka akan disoal oleh Malaikat Munkar dan Nakir serta akan menerima balasan Allah sebelum tiba hari dibangkitkan semula.

KEADAAN MANUSIA DI ALAM BARZAKH
1.Golongan beriman akan berasa tenang dan bahagia.
2.Golongan yang ingkar akan menerima pelbagai azab daripada Allah.

TIGA PERKARA YANG DAPAT MERINGANKAN AZAB DI ALAM BARZAKH
1.Harta yang dimanfaatkan seperti wakaf dan sedekah jariah.
2.Ilmu yang bermanfaat yang berguna di dunia dan akhirat.
3.Anak yang soleh yang mendoakan kebahagiaan kedua-dua ibu bapanya.

ANTARA SEKSAAN DI ALAM BARZAKH
1.Dihimpit oleh kubur/tanah sehingga berkecai tulang-tulang.
2.Dililit oleh ular yang besar dan panjang.
3.Dipukul oleh malaikat sehingga berkecai tulang-tulang kemudian dicantumkan semula.

KEBANGKITAN SEMULA
Semua manusia dihidupkan semula di akhirat kelak untuk menghadapi pengadilan Allah dan menerima balasan baik atau jahat.

DALIL TENTANG HARI KEBANGKITAN
Firman Allah Taala:
وَأَنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ مَنْ فِى الْقُبُوْرِ 
Ertinya:Sesungguhnya Allah akan membangkitkan semula mereka yang di dalam kubur.(Al-Hajj:7)

HIKMAH/SEBAB MANUSIA DIBANGKITKAN SEMULA
1.Supaya manusia dapat dibicarakan dan dihisab segala amalan mereka semasa di dunia.
2.Supaya manusia diberi pembalasan yang setimpal dengan amalan mereka semasa di dunia.
3.Membuktikan bahawa Allah itu Maha Adil terhadap makhluknya.
4.Untuk memberi peringatan kepada manusia supaya menjauhi segala kemungkaran dan melaksanakan perintah Allah.

CARA MANUSIA DIBANGKITKAN SEMULA
1.Apabila berlakunya kiamat,semua makhluk Allah akan binasa termasuklah manusia.
2.Allah menghidupkan Malaikat Israfil lalu memerintahnya meniup sangkakala(nafiri) kali yang kedua.
3.Setelah itu semua manusia dihidupkan semula dari alam barzakh.
4.Mereka dipandu ke Padang Mahsyar untuk dibicarakan.

PERCAYA KEPADA HARI KEBANGKITAN DAPAT MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERSATU PADU
1.Mereka akan mengetahui kekuasaan Allah dan keadilan-Nya.Dengan itu,mereka tidak akan melakukan kezaliman terhadap manusia lain.
2.Mereka merasakan ada persamaan darjat kerana manusia dibangkitkan mengikut tingkatan iman.
3.Mereka tidak akan menjadi sombong dan angkuh kerana mereka sedar akan kelemahan mereka sendiri.
4.Menambahkan keimanan dan ketakwaan dalam diri mereka,maka dengan sendiri dapat melahirkan masyarakat yang baik.

BUKTI-BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHAWA GOLONGAN YANG SUKA MELAKUKAN KEJAHATAN IALAH GOLONGAN YANG TIDAK MEMPERCAYAI HARI KEBANGKITAN SEMULA ATAU HARI KIAMAT
1.Mereka yang tidak mempercayai tentang hari kiamat menganggap kebangkitan semula selepas mati sebagai satu yang mustahil disebabkan kejahilan mereka tentang agama Islam.
2.Orang-orang yang percaya dan yakin tentang hari kebangkitan semula tentu akan berasa takut akan pembalasan Allah.Ini menyebabkan mereka takut melakukan kejahatan.
3.Pada zaman pemerintahan junjungan Nabi kita dan zaman pemerintahan khalifah Ar-Rasyidin didapati umat Islam pada ketika itu tidak melakukan kejahatan kerana keyakinan mereka tentang hari kebangkitan semula.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH