TAUHID 6.3 TUGAS DAN SIFAT RASUL

6.3 TUGAS DAN SIFAT RASUL

1. Rasul-rasul ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan titah perintah Allah,hukum-hukum Allah serta memimpin manusia ke jalan yang betul dan diredhai oleh Allah.
2. Firman Allah di dalam surah al-Kahfi ayat 56:
   وَمَا نُرْسِلُ ٱلْمُرْسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ ۚ 
(سورةالكهف-56)
   Ertinya:Dan tidak Kami utuskan rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi ancam.
3. Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 45-46:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ إِنَّآ أَرْسَلْنَٰكَ شَٰهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا.
وَدَاعِيًا إِلَى ٱللَّهِ بِإِذْنِهِۦ وَسِرَاجًا مُّنِيرًا.
(سورةالأحزاب 45-46)
   Ertinya:Wahai Nabi!Sesungguhnya Kami utuskan engkau sebagai saksi dan penggemar serta pengancam(45) juga sebagai penyeru ke arah Allah dengan izinNya sebagai lampu yang terang-benderang(46).
4. Rasul-rasul Allah tidak mempunyai perasaan bosan atau jemu dalam menjalankan seruan agama Allah kepada orang ramai.
5. Tugas-tugas utama rasul ialah:
   (a) membentuk iktikad kepercayaan yang betul;
   (b) mengajar cara-cara beribadat yang betul;
   (c) membentuk akhlak(budi pekerti) yang baik;
   (d) membentuk masyarakat yang sempurna;
   (e) memberitahu soal-soal akhirat.
6. Sifat-sifat rasul pula dapat dibahagikan kepada tiga:
   (a) Sifat wajib;
   (b) Sifat mustahil;
   (c) Sifat harus.
7. Sifat-sifat wajib bagi rasul adalah:
   (a) benar(sidiq);
   (b) jujur(amanah);
   (c) menyampaikan(tabligh);
   (d) bijaksana(fatanah).
8. Sifat-sifat mustahil bagi rasul:
   (a) dusta;
   (b) khianat;
   (c) menyembunyikan;
   (d) bodoh.
9. Sifat harus pula ialah harus bagi rasul-rasul bersifat dengan sifat-sifat kemanusiaan yang tidak merendahkan martabat mereka seperti makan,minum,berkahwin,berniaga,sakit yang tidak mencacatkan kerasulannya seperti demam,pening,selesema,letih lesu dan sebagainya.
10.Rasul juga terkena sakit kerana susunan tubuh badan mereka sama dengan orang lain.Oleh itu apa yang ada pada tubuh badan orang lain,begitu juga tubuh badan mereka.
11.Terdapat hikmat di sebalik rasul-rasul terkena penyakit:
   (a) Supaya mereka mendapat pahala yang banyak kerana kesabaran dan ketabahan menanggung penderitaan-penderitaan itu;
   (b) Supaya menjadi contoh kepada orang ramai agar tidak berputus asa apabila ditimpa sesuatu malapetaka;
   (c) Supaya orang ramai tahu bahawa dunia ini tempat cubaan dan dugaan;
   (d) Supaya orang ramai tidak menganggap peribadi nabi-nabi dan rasul-rasul itu sebagai Tuhan.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH