TAUHID - A PERCAYA KEPADA KIAMAT

KIAMAT
======

ERTI KIAMAT
1. Kiamat ialah hari kemusnahan alam yang ada ini dan dibangkitkan suatu alam yang baru.Manusia akan dikumpulkan di satu tempat untuk menghadapi pengadilan dan akhirnya menerima pembalasan Allah.
 
CARA MEMPERCAYAINYA
1. Orang Islam wajib mempercayai bahawa pada suatu hari nanti,alam ini akan dimusnahkan oleh Allah.
2. Mempercayai bahawa satu alam yang baru akan dijadikan semula.
3. Mempercayai bahawa manusia akan dihidupkan semula dan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk diadili amalan mereka.
4. Memepercayai bahawa manusia akan menerima pembalasan Allah sama ada balasan syurga atau neraka.

DALIL KIAMAT
Firman Allah Taala:
يُؤْمِنُوْنَ بِااللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرْ
Ertinya:Berimanlah kamu kepada Allah dan hari penghabisan(akhirat).

ANTARA NAMA-NAMA KIAMAT YANG TERSEBUT DALAM AL-QURAN
1. Yaumul Qiamah(يوم القيامه) ertinya hari kebangkitan.
2. Yaumul Zilzilah(يوم الزلزله) ertinya hari kegempaan.
3. Yaumul Waqiah(يوم الواقعه) ertinya hari kejatuhan.
4. Yaumul Qariah(يوم القارعه) ertinya hari keributan.
5. Yaumul Hisab(يوم الحساب) ertinya hari perhitungan.
6. Yaumul Akhir(يوم الاخر) ertinya hari penghabisan.

GAMBARAN KEADAAN AL-QURAN KETIKA BERLAKUNYA KIAMAT
1. Bukit-bukau dan gunung-ganang menjadi debu dan berterbangan.
2. Bulan,bintang dan lain-lain planet berlanggaran di antara satu dengan yang lain.
3. Semua isi alam termasuk alam ini akan musnah sama sekali.

HUJAH-HUJAH MENENTANG PENDAPAT YANG MENAFIKAN KIAMAT
Hujah akal(logik):
1. Ada sesetengah manusia tidak mendapat balasan baik atau mendapat hukuman atas kesalahannya semasa di dunia.Maka perlulah diadakan pembalasan di akhirat nanti.
2. Allah berkuasa menjadikan alam dan segala isi di dalamnya,maka sudah tentu Allah berkuasa memusnahkannya dan berkuasa menghidupkannya semula.
3. Allah telah menunjukkan perkara-perkara yang aneh tetapi boleh berlaku dengan kuasa Allah seperti tanah yang kering-kontang boleh ditumbuhi pokok dan subur setelah disirami air.
4. Semua yang ada di alam ini akan menghadapi kematian atau kerosakan.Begitu juga yang akan berlaku pada alam ini.

Hujah saintifik:
1. Ada teori yang menyatakan bahawa sejenis bintang berekor akan mendekati bumi sehingga menerima tarikan graviti bumi dan ini menyebabkan berlaku gerak gempa yang dahsyat.
2. Ada teori menyatakan bahawa keligatan bulan menjadi semakin lemah dan akhirnya akan menerima tarikan graviti dari bumi.
3. Ada teori menyatakan bahawa matahari akan bertambah panas dan kemungkinan bumi akan hangus terbakar.
4. Ada teori menyatakan bahawa gas dalam bumi semakin berkurangan dan menyebabkan perimbangan tekanan tidak ada lagi dan bumi akan musnah.

Hujah falsafah dan agama:
1. Golongan yang membawa faham kebendaan(materialisme) tidak dapat memberi penyelesaian tentang hubungan jasad,roh dan perasaan serta jiwa manusia.Oleh itu,sudah tentu keadaan ini ditadbir dan disusun oleh Allah Yang Maha Berkuasa.
2. Semua agama langit yang ada di dunia ini mengakui tentang kewujudan hari pembalasan.

HUJAH-HUJAH NAKLI YANG DIJELASKAN OLEH ALLAH DALAM AL-QURAN
1. Firman Allah Taala:
إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا
Ertinya:Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang amat dahsyat.

2. Firman Allah Taala:
إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةَ اَكَادُأُخْفِيْهَا
Ertinya:Sesungguhnya kiamat itu pasti datang sengaja Allah rahsiakan. 

3.Firman Allah Taala:
وَيَوْمَ يُحْشَرُ اَعْدَاءُ اللّٰهِ إِلَى النَّار
Ertinya:Pada hari kiamat akan dihimpunkan musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka.

Keadaan manusia:
1. Ibu terlepas anak yang sedang menyusu di pangkuannya.
2. Ibu yang mengandung akan keguguran anak dari kandungannya.
3. Manusia terhuyung-hayang seperti orang mabuk.

TANDA-TANDA/ALAMAT-ALAMAT KIAMAT
Tanda-tanda permulaan(kecil/sughra)kiamat:
1.Kaum wanita lebih ramai daripada lelaki.
2.Urusan agama ditadbir oleh yang bukan ahlinya.
3.Peperangan dan kekacauan berlaku di sana sini.
4.Maksiat berlaku dengan berleluasa.
5.Orang miskin menjadi kaya dan mendirikan rumah yang besar dan tinggi.

Tanda-tanda akhir(besar/kubra) kiamat:
1.Lahir Dajal untuk merosakkan agama Islam.
2.Lahir Yakjuj dan Makjud.
3.Terhapusnya Al-Quran dan Mushaf.
4.Lahir Imam Mahdi membawa kebenaran.
5.Turunnya Nabi Isa a.s.
6.Naik matahari di sebelah barat.
7.Keluarnya Dabbatul Ard(binatang raksasa).
8.Keluar asap berkepul-kepul dari perut bumi.
9.Planet-planet berlanggaran di antara satu dengan yang lain.

HIKMAH ALLAH MENGADAKAN HARI KIAMAT
1.Supaya manusia mendapat pembalasan yang sewajarnya daripada Allah atas perbuatannya di dunia.
2.Menunjukkan keadilan Allah iaitu manusia baik dan jahat mendapat pembalasan yang sewajarnya.
3.Memeberi dorongan kepada manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan semasa di dunia.
4.Supaya manusia sedar dan insaf atas perbuatan masing-masing dan segera bertaubat.

SEBAB-SEBAB ALLAH MERAHSIAKAN MASA BERLAKUNYA KIAMAT
1.Untuk menguji keimanan manusia tentang perkara-perkara yang samiyat.
2.Untuk menggalakkan manusia mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
3.Menunjukkan kebesaran,keagungan dan kekuasaan Ilahi.
4.Menunjukkan kepada manusia bahawa Allah Maha Mengetahui tentang perkara-perkara yang ghaib.

ALASAN GOLONGAN YANG TIDAK PERCAYA TENTANG KIAMAT
1.Tidak ada orang yang telah mati dihidupkan semula untuk memberitahu tentang azab kubur.
2.Manusia yang telah mati akan hancur menjadi tanah dan debu,maka tidak mungkin akan bercantum semula.
3.Orang yang mati terbakar atau dimakan binatang buas,tidak mungkin dapat dijadikan semula.
4.Mengikut kajian saintifik,sesuatu yang berubah tidak akan kembali dalam bentuk asalnya.

BUKTI PUNCA KEJAHATAN MANUSIA KERANA TIDAK PERCAYA AKAN HARI PEMBALASAN
1.Orang-orang yang percaya akan hari pembalasan takut untuk melakukan kejahatan kerana mereka takut pembalasan Allah.
2.Terbukti bahawa ramai orang bukan Islam lebih berani melakukan kejahatan kerana mereka tidak percaya akan pembalasan Allah.
3.Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang yang beriman pada zaman Rasulullah takut untuk melakukan kejahatan kerana yakin akan pembalasan Allah.
4.Orang yang tidak percaya akan adanya hari pembalasan sudah tentu berani melakukan sebarang kejahatan kerana mereka tidak percaya adanya azab Allah dan tidak mengambil iktibar daripada kematian-kematian yang telah berlaku.

PROSES YANG BERLAKU SELEPAS MATI/ALAM MUSNAH
1.Manusia berada di alam barzakh(kubur).Mereka yang tidak beriman akan menerima azab kubur setelah disoal oleh Malaikat Munkar dan Nakir.
2.Apabila tiupan nafiri yang kedua ditiup oleh Malaikat Israfil,maka manusia akan dihidupkan semula.
3.Manusia akan dibawa dan dihimpunkan di Padang Mahsyar.
4.Buku-buku rekod amal kebajikan diserahkan di tangan kanan dan rekod kejahatan diserahkan di tangan kiri.
5.Semua manusia dihisab serta dibicarakan di hadapan Allah.
6.Semua anggota akan bersaksi terhadap setiap perbuatan manusia mengikut yang dilakukan olehnya.
7.Kemudian,segala amalan kebaikan/kejahatan ditimbang di atas Mizan atau Neraca Keadilan.
8.Selepas itu,manusia terpaksa pula melalui Siratul Mustakim yang merentangi di atas neraka untuk ke syurga.Ada yang akan terjatuh ke dalam neraka.
9.Orang mukmin yang sampai ke syurga akan berhenti minum de Telaga Kausar sebelum dimasukkan ke syurga.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH