TAUHID 6.5 RASUL-RASUL ITU MAKSUM (معصوم)

6.5 RASUL-RASUL ITU MAKSUM(معصوم)

1. Maksum ertinya orang yang terpelihara.
2. Maksud rasul maksum ialah rasul-rasul itu terpelihara daripada mengerjakan maksiat,kesalahan,kejahatan dan terpelihara daripada sesuatu perkara yang keji dan kurang sopan yang mungkin merosakkan kehormatannya.
3. Ulama bersalahan pendapat tentang maksum:
   (a) Segolongan ulama berpendapat bahawa rasul-rasul itu maksum setelah dilantik menjadi rasul dan semasa kecil tidak pasti maksum;
   (b) Segolongan ulama berpendapat bahawa rasul-rasul itu maksum sejak dari kecil;
   (c) Segolongan ulama berpendapat bahawa nabi Muhammad(s.a.w.) sahaja maksum sejak dari kecil dan rasul-rasul yang lain maksum setelah dilantik menjadi rasul oleh Allah.
4. Sifat maksum adalah penting bagi rasul:
   (a) Rasul dilantik oleh Allah untuk memimpin manusia ke arah kebenaran dan ketinggian budi pekerti.Mereka ini menjadi contoh utama dan ikutan orang ramai,maka sudah tentu mereka perlu terdiri daripada orang yang bersih hati,mulia budi pekerti,baik tingkah laku,sempurna akal fikiran dan maksum daripada dosa,maksiat atau kejahatan.
   (b) Sifat-sifat keutamaan dan kelebihan ini diberikan kerana sesuai dengan tugas mereka sebagai pemimpin manusia.Jika mereka terdiri daripada orang yang melakukan kejahatan dan maksiat,maka sudah tentu tidak layak menjadi pemimpin dan utusan Allah.

Peristiwa nabi Adam
___________________
1. Nabi Adam memakan buah khuldi yang ditegah di dalam keadaan terlupa sebagaimana firman Allah di dalam surah Taha ayat 115:
   وَلَقَدْ عَهِدْنَآ إِلَىٰٓ ءَادَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِىَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُۥ عَزْمًا 
 (سورةطه- 115)
   Ertinya:Sesungguhnya telah Kami janjikan kepada Adam dahulunya,tetapi ia lupa dan tidaklah Kami dapati ia seorang yang tabah.
2. Allah mensifatkan nabi Adam telah menderhaka kerana dinisbahkan kepada kedudukan dan kemuliaan Adam sahaja sebagai seorang rasul tetapi jika kepada orang lain tidak dinisbahkan menderhaka.
3. Pengakuan seseorang rasul telah berdosa,bertaubat dan memohon ampun adalah dinisbahkan kepada diri mereka yang bersih,bagi menambahkan takwa dan taat setia kepada Allah.Ini supaya mereka beroleh pahala yang banyak serta mendapat ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah agar menjadi contoh teladan dan ikutan orang ramai.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH