SEJARAH 7.12 KELAHIRAN NABI MUHAMMAD(S.A.W.)

7.12 KELAHIRAN NABI MUHAMMAD(S.A.W.)

1. Abdullah yang telah berkahwin dengan Siti Aminah binti Abdul Wahab telah pergi berniaga ke negeri Syam.
2. Semasa pulang dari Syam ia singgah sebentar di Madinah kerana menziarahi saudara-maranya di sana.
3. Ia meninggal dunia di Madinah.Pada masa itu Siti Aminah sedang hamil.
4. Nabi Muhammad(s.a.w.) dilahirkan pada subuh hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April tahun 571 Masihi.
5. Orang yang menyusukan Nabi Muhammad(s.a.w.):
   (a) Nabi menyusu dengan ibunya selama 3 hari;
   (b) Nabi(s.a.w.) menyusu dengan Suwaibatul Aslamiah selama dua bulan;
   (c) Nabi(s.a.w) menyusu dengan Halimatun Saadiah selama empat tahun.
6. Tatkala umurnya enam tahun,baginda pergi ke Madinah bersama dengan ibunya kerana menziarahi makam ayahnya dan dan menemui saudara-maranya di sana.Di dalam perjalanan pulang ke Mekah,ibunya pula wafat di Abwak.
7. Ia pulang bersama dengan pengasuhnya yang bernama Ummu Aiman.
8. Ia tinggal bersama dengan datuknya Abdul Muttalib.
9. Tatkala umurnya lapan tahun,Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH