SEJARAH 7.15 PERISTIWA MELETAKKAN HAJARUL ASWAD(BATU HITAM)

7.15 PERISTIWA MELETAKKAN HAJARUL ASWAD(BATU HITAM)

1. Pada masa umur Nabi tiga puluh lapan tahun,telah berlaku suatu banjir besar sehingga dinding Kaabah pecah dan runtuh.
2. Orang Quraisy bergotong-royong membaiki Kaabah yang rosak itu.Ketika hendak meletakkan Hajarul Aswad(Batu Hitam) mulalah mereka bertelingkah kerana masing-masing hendak mengangkat Hajarul Aswad  ke tempat asalnya di Kaabah.
3. Perselisihan dapat diselesaikan dengan cadangan Abu Umaiyah bin Al-Mughirah untuk mencari pengadil bagi mengadili keadaan yang tegang ini.
4. Cadangannya ialah sesiapa yang mula-mula masuk ke dalam masjid pada keesokan harinya,maka orang itulah menjadi pengadilnya.
5. Kebetulan Nabi Muhammad(s.a.w.) yang mula-mula masuk ke dalam masjid pada pagi itu dan baginda lalu dilantik menjadi pengadilnya.
6. Nabi(s.a.w.) membentangkannya serbannya lalu meletakkan Hajarul Aswad di atas serban itu.Kemudian baginda memanggil ketua-ketua suku Quraisy supaya memegang penjuru serban dan membawanya ke Kaabah.Nabi(s.a.w.) sendiri meletakkan Hajarul Aswad itu ke Kaabah.
7. Dengan cara yang dibuat oleh Nabi(s.a.w.) ini,semua suku Quraisy berasa puas hati dan tidaklah terjadi pertelingkahan kerana Hajarul Aswad.
8. Nabi(s.a.w.) terkenal dengan nama Al-Amin yang bermaksud benar dan jujur.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH