FEKAH - ZAKAT - D GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT DAN ALASANNYA

GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT DAN ALASANNYA
1.Orang kafir:
Orang yang bukan Islam
Alasannya:Zakat hanya untuk kepentingan umat Islam sahaja kerana zakat hanya dipungut daripada kalangan masyarakat Islam sahaja.
2.Orang kaya:
Orang yang sudah mempunyai harta dan pendapatan melebihi daripada saraan hidup sehari-hari.
Alasannya:Orang-orang yang kaya sudah mempunyai harta dan tidak perlu dibantu lagi.Konsep zakat adalah untuk menolong golongan yang tidak berada.
3.Keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib:
Keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
Alasannya:Mereka ialah golongan yang mulia dan harta zakat ini merupakan harta lebihan yang tidak layak diberikan kepada mereka.
4.Hamba Abdi:
Hamba yang tetap di bawah jagaan tuannya dan tuannya tidak berhajat untuk membebaskannya.
Alasannya:Sekiranya diberikan zakat,maka sudah tentu zakat tersebut akan menjadi hak milik tuannya kerana dirinya sendiri adalah hak milik tuannya.
5. Orang yang di bawah tanggungan pemberi zakat:
Orang yang ditanggung oleh pemberi zakat mengikut syarak yang mempunyai pertalian dengannya seperti anak,bapa,ibu dan isteri.
Alasannya:Mereka sudah ditanggung oleh pemberi zakat,sekiranya zakat diberi kepada mereka,beerti tidak ada zakat yang dikeluarkan olehnya.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH