FEKAH - ZAKAT - G ZAKAT BINATANG TERNAKAN

ZAKAT BINATANG TERNAKAN
Jenis binatang yang dikenakan zakat:
(a) Kambing,biri-biri dan kibas.
(b) Kerbau dan lembu.
(c) Unta.

SEBAB-SEBAB BINATANG TERTENTU SAHAJA DIKENAKAN ZAKAT
1.Binatang-binatang itu merupakan sumber kekayaan manusia.
2.Harta ini mudah membiak dan mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda.
3.Binatang-binatang ini memberi faedah yang banyak kepada manusia.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN
Syarat-syarat umum:
1.Islam iaitu orang yang beragama Islam bukan orang kafir.
2.Merdeka iaitu bukan hamba abdi.
3.Cukup haul iaitu genap setahun dipelihara.
4.Sampai nisab iaitu cukup kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
5.Sempurna milik iaitu harta tersebut milik sendiri dan pemiliknya berkuasa penuh.
6.Tertentu pemilik iaitu harta itu mempunyai pemilik yang sah bukan harta yang diwakafkan.
Syarat-syarat khusus:
1.Binatang itu dipelihara di atas padang yang tidak dikenakan bayaran atau bayaran yang dikenakan adalah terlalu rendah.
2.Binatang tersebut tidak digunakan bagi faedah yang lain seperti menarik kereta,membajak sawah dan sebagainya.

PERMULAAN NISAB BAGI BINATANG TERNAKAN
1.Kambing,biri-biri dan kibas ialah 40 ekor.
2.Lembu dan kerbau ialah 30 ekor.
3.Unta ialah 5 ekor.

PERATURAN DAN CARA MENGELUARKAN ZAKAT TERNAKAN






CATATAN TAMBAHAN
1.Binatang yang dikeluarkan adalah yang tidak cacat.
2.Pemeliharaan ternakan secara berkongsi hendak dikeluarkan zakat secara berkongsi juga.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH