FEKAH - ZAKAT - F JENIS ZAKAT HARTA BENDA

JENIS ZAKAT HARTA BENDA
ADA 6 JENIS ZAKAT HARTA BENDA:
1.BINATANG TERNAKAN(Kambing,lembu,unta)
2.TANAMAN DAN BUAH-BUAHAN(Padi,sekoi,anggur,tamar)
3.EMAS DAN PERAK
4.MATA WANG
5.PERNIAGAAN
6.HARTA RIKAZ

JENIS-JENIS ZAKAT HARTA BENDA 
1.Binatang ternakan iaitu kambing,biri-biri,lembu,kerbau dan unta.
2.Tanaman dan buah-buahan iaitu tanaman yang menjadi makanan asasi negara itu seperti padi,gandum,sekoi,jagung,barli dan lain-lain.Buah-buahan iaitu yang tahan lama setelah dikeringkan seperti anggur dan tamar.
3.Harta galian iaitu emas dan perak.
4.Mata wang.Contohnya:ringgit(RM),dollar,yen,rial,rupiah dan sebagainya.
5.Barang yang diperniagakan seperti kedai barang-barang runcit,kain,kedai perkakas rumah dan lain-lain.
6.Harta rikaz iaitu harta(emas dan perak) yang dijumpai tertanam di dalam tanah,dipercayai sejak turun temurun.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT(SYARAT UMUM)
1.Islam:Orang yang beragama Islam bukan orang kafir.
2.Merdeka:Orang yang bukan menjadi hamba abdi(sahaya).Ini kerana segala hartanya menjadi hak milik tuannya.
3.Cukup haul:Genap setahun dalam milik atau selepas dituai bagi zakat tanaman.
4.Cukup nisab:Sampai kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
5.Sempurna milik:Harta itu hak milik sendiri dan pemiliknya berkuasa penuh ke atasnya iaitu bukan harta gadaian,dicuri atau harta yang sudah hilang dan sebagainya.
6.Tertentu tuannya(pemilik):Harta yang mempunyai pemilik yang sah bukan harta yang sudah menjadi hak umum seperti harta wakaf.

NISAB
Erti Nisab:
Cukup kadar/bilangan/sukatan yang telah ditentukan oleh syarak daripada harta-harta yang diwajibkan zakat.
Contohnya:Kadar nisab bagi padi ialah 400 gantang.

Hikmah diadakan nisab:
1.Memudahkan manusia menilai/mengira harta-harta yang wajib dikeluarkan zakat.
2.Supaya umat Islam mengetahui bahawa zakat merupakan satu peraturan yang telah ditentukan oleh syarak.
3.Menunjukkan bahawa zakat hanya ditekankan kepada golongan yang berada sahaja.

DALIL WAJIB ZAKAT HARTA BENDA
Firman Allah Taala:
حُذْ مِنْ اَمْوَا لِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتَزْ كِيْهِمْ بِهَا
Ertinya:Ambil olehmu daripada harta mereka sebagai zakat dengan ini dapat membersihkan mereka dan menyuburkan.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH