FEKAH - ZAKAT - B PENGERTIAN ZAKAT

PENGERTIAN ZAKAT
Dari segi bahasa - Bersih dan subur.
Dari segi syarak - Mengeluarkan harta yang tertentu dengan kadar yang tertentu untuk diberikan kepada orang yang tertentu dengan mengikut syarat-syaratnya yang tertentu.

PENGERTIAN BERSIH DAN SUBUR
Erti bersih:
1.Zakat membersihkan harta seseorang itu kerana sebahagian daripada harta itu adalah kepunyaan orang lain yang perlu kita berikan kepadanya.
2.Zakat membersihkan diri daripada sifat bakhil yang ada dalam diri seseorang itu.
3.Zakat membersihkan diri seseorang itu daripada sifat tamak haloba sehingga sanggup melakukan penindasan terhadap manusia lain.

Erti subur:
1.Allah akan memberi kesuburan terhadap harta orang-orang yang mengeluarkan zakat.
2.Harta itu akan mendapat berkat daripada Allah kerana pemberian zakat itu menandakan kesyukurannya kepada Allah.
3.Mengurangkan beban yang ditanggung oleh golongan yang susah kerana pemberian zakat itu sedikit sebanyak dapat memulihkan kehidupan mereka.

HUKUM MENGELUARKAN ZAKAT
Wajib kepada setiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya.

DALIL NAKLI WAJIB ZAKAT
قال اللّٰه تعالى:اَقِيْمُوا الصَّلَاةَوَأتُوا الزَّكَاةَ
Ertinya:Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat.

BILA DIFARDUKAN ZAKAT
Pada tahun 2 Hijrah.

HIKMAT ALLAH MEWAJIBKAN ZAKAT/PERANAN ZAKAT
Dari segi ekonomi:
1.Dapat menghapuskan kemiskinan.Golongan miskin mendapat modal daripada zakat itu.
2.Pemerintah dapat menjalankan pelbagai projek yang memberi faedah kepada rakyat dan dapat meninggikan kehidupan mereka.
3.Dapat menambah sumber kewangan Baitulmal.Oleh itu,dengan sendirinya akan meninggikan ekonomi masyarakat Islam.

Dari segi sosial/kemasyarakatan:
1.Menghapuskan perasaan iri hati dan dapat mewujudkan sikap toleransi dalam masyarakat.
2.Menjalinkan hubungan di kalangan masyarakat Islam tanpa memikirkan soal darjat dan pangkat.Ini akan mewujudkan perpaduan dalam masyarakat Islam.
3.Menebus kebebasan hamba-hamba daripada tuannya.Ini akan menguatkan perpaduan dalam masyarakat Islam.

Dari segi perkembangan Islam:
1.Zakat dapat membantu perkembangan syiar Islam seperti dengan terbinanya sekolah-sekolah,surau,masjid dan sebagainya.
2.Zakat dapat membantu pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah.
3.Dapat menambahkan bilangan umat melalui pemberian zakat kepada saudara-saudara baru.

Dari segi individu/diri sendiri:
1.Zakat dapat membersihkan diri kita daripada sifat bakhil yang tidak sesuai diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.
2.Dapat melahirkan dan menambahkan keimanan kita kepada Allah.
3.Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kita.

SEBAB-SEBAB HARTA TERTENTU SAHAJA DIKENAKAN ZAKAT
1.Harta-harta tersebut adalah diperlukan oleh masyarakat seperti padi,wang dan binatang ternakan(kambing,lembu dan kerbau).
2.Harta tersebut cepat membiak dan mempunyai nilai harga yang tinggi seperti kambing,lembu dan kerbau.
3.Harta tersebut mempunyai keuntungan yang banyak sekiranya diusahakan secara besar-besaran seperti perniagaan.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH