TAUHID - I AS-SAMIYAT

AS-SAMIYAT
Perkara-perkara yang ghaib yang dijadikan oleh Allah yang hanya diketahui melalui Al-Quran dan Hadis yang tidak dapat difikirkan oleh pemikiran manusia.

ANTARA PERKARA-PERKARA SAMIYAT
1.Percaya akan malaikat.
2.Percaya adanya syurga dan neraka.
3.Percaya adanya jin dan iblis.
4.Percaya adanya Padang Mahsyar.
5.Percaya tentang hari kebangkitan.
6.Percaya adanya timbangan keadilan.

CATATAN TAMBAHAN
1.Orang-orang Islam wajib mempercayai dengan sepenuh hati segala perkara yang berkaitan dengan kiamat dan hari kebangkitan.Ini termasuk dalam salah satu rukun iman.
Rukun iman ada enam perkara:
(1)Percaya kepada Allah
(2)Percaya kepada Malakat
(3)Percaya kepada kitab
(4)Percaya kepada rasul
(5)Percaya kepada hari kiamat/akhirat
(6)Percaya kepada qada dan qadar(yang baik dan yang buruk)
2.Sesiapa yang tidak mempercayai satu daripadanya,boleh menjadi murtad.
3.Percaya akan Allah,rasulNya dan percaya akan kiamat adalah dengan cara yang berikut:
  (i) Membenarkan dalam hati.
 (ii) Mengakui dengan lidah.
(iii) Melakukan dengan perbuatan.
4.Ada dua pendapat tentang kebangkitan di alam barzakh.
  (a) Satu golongan berpendapat kebangkitan manusia hanya dengan roh.
  (b) Pendapat kedua dianggap pendapat yang dipegang oleh kebanyakan umat Islam bahawa kebangkitan manusia adalah dengan roh dan jasadnya sekali.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH