TAUHID - G PAHALA DAN DOSA

PAHALA DAN DOSA
ERTI PAHALA
Balasan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang melakukan segala perintah Allah seperti berpuasa pada bulan Ramadhan,solat lima waktu dan sebagainya.
 
ERTI DOSA
Balasan buruk yang diberikan oleh Allah kepada orang yang melakukan perkara yang dilarangNya seperti mencuri,meninggalkan solat lima waktu dan sebagainya.

DALIL TENTANG DOSA DAN PAHALA
Firman Allah Taala:
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُۥوَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ
Ertinya:Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah akan dilihatNya dan sesiapa yang melakukan kejahatan walaupun sebesar zarah juga akan dilihatNya.

HIKMAT DIBERI PAHALA DAN DOSA
1.Supaya manusia mematuhi segala perintah Allah iaitu dengan mengerjakan segala kebaikan dan meninggalkan segala laranganNya.
2.Menunjukkan bahawa Allah itu Maha Adil.Sesiapa yang melanggar perintahNya diberi balasan dosa dan sesiapa yang menurut perintahNya diberi balasan pahala.
3.Untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni,setiap masyarakat haruslah menurut segala perintah Allah.Maka akan terhindarlah persengketaan dalam masyarakat.

SEBAB-SEBAB MANUSIA SUKA MELAKUKAN PERKARA YANG MENDATANGKAN DOSA
1.Kejahilan mereka tentang ajaran Islam menyebabkan mereka tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala.
2.Mereka tidak mempercayai tentang hari pembalasan dan hari kebangkitan semula kerana mereka tidak beriman.
3.Sifat manusia lebih suka mengikut hawa nafsu kejahatan mereka.Ini menyebabkan mereka tidak mengambil berat tentang perintah Allah.
4.Mereka tidak melakukan ibadat yang diperintah Allah.Ini menyebabkan wujud kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara yang berdosa.

HUKUMAN DOSA YANG DIKENAKAN TERHADAP MANUSIA
1.Hukuman di atas dunia adalah seperti membayar dam apabila meninggalkan larangan dalam mengerjakan haji.
2.Hukuman di akhirat adalah seperti dosa meninggalkan solat.
3.Hukuman di dunia dan di akhirat adalah seperti berzina yang dikenakan hukuman rejam.

CARA UNTUK MENGHAPUSKAN DOSA
1.Bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh.
2.Memperbanyak amalan kebajikan seperti bersedekah dan melakukan segala suruhan Allah.
3.Menunaikan haji yang mabrur yang diterima oleh Allah.
4.Berdoa memohon keampunan daripada Allah.
5.Memohon kemaafan daripada orang yang dilakukan kesalahan tersebut.

CARA UNTUK MENAMBAHKAN PAHALA
1.Melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala tegahanNya.
2.Memperbanyak amalan-amalan sunat seperti berzikir,bertahmid dan sebagainya.
3.Melakukan amalan kebajikan seperti bersedekah dan berusaha meninggikan syiar Islam.
4.Sentiasa berdoa memohon rahmat daripada Allah.
5.Berusaha menjauhi perkara-perkara yang boleh menimbulkan dosa.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH