TAUHID - D SYAFAAT

SYAFAAT
=======
Keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada Rasul dan orang-orang yang tertentu seperti aulia dan orang-orang yang soleh untuk menolong manusia di akhirat kelak.

GOLONGAN YANG DAPAT MEMBERI SYAFAAT DI AKHIRAT KELAK
1.Para rasul.
2.Para nabi.
3.Para malaikat.
4.Para sahabat rasul.
5.Para syuhada.
6.Para aulia.
7.Para ulama.
8.Kanak-kanak yang mati sebelum baligh.

GOLONGAN YANG LAYAK MENERIMA SYAFAAT
1.Orang-orang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
2.Mukmin yang beramal makruf dan meninggalkan kejahatan.
3.Orang yang banyak berzikir dan berselawat kepada junjungan nabi.
4.Orang yang selalu berdamping dengan ulama berhak menerima syafaat.
5.Mereka yang menziarahi makam Rasulullah semasa hayatnya.

HIKMAH ALLAH MEMBERI SYAFAAT
1.Untuk menunjukkan keagungan,kemuliaan dan kebesaran Allah dengan rahmatNya.
2.Menunjukkan bahawa manusia tidak sunyi daripada sebarang kesalahan dan memerlukan pertolongan.
3.Menunjukkan kemuliaan Allah kepada orang yang bertakwa seperti aulia,orang-orang yang soleh dan ulama.
4.Menggalakkan manusia supaya cinta akan Rasul dan para ulama.
5.Untuk menggalakkan manusia lebih bertakwa kepada Allah,melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

JENIS-JENIS SYAFAAT
1.Syafaat Uzma(Kubra/utama):
Syafaat untuk mempercepat kiraan hisab di Padang Mahsyar.Oleh sebab umat manusia tidak tahan lagi menerima azab Allah di Padang Mahsyar,lalu mereka pergi berjumpa dengan nabi-nabi lain tetapi para nabi tidak sanggup menolong.Mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad,lalu Nabi bermohon kepada Allah.Dengan izin Allah diterima permohonan nabi untuk dipercepat kiraan hisab.

2.Syafaat Sughra(kecil):
(a) Memasukkan segolongan umat Islam yang soleh ke dalam syurga tanpa hisab.
(b) Melepaskan segolongan umat Islam dari neraka dan dimasukkan ke syurga.
(c) Mengeluarkan umat Islam yang dimasukkan ke neraka untuk dipindahkan ke syurga.
(d) Menaikkan darjah umat Islam di dalam syurga dan syurga yang lebih baik.
(e) Menentukan golongan yang sama berat timbangan dosa dan pahala supaya dimasukkan ke syurga.

SYAFAAT YANG HANYA DIKHUSUSKAN KEPADA NABI MUHAMMAD
1.Permohonan supaya dipercepat kiraan hisab(Syafaat Uzma).
2.Permohonan supaya dimasukkan ke syurga tanpa hisab.

DALIL TENTANG ADANYA SYAFAAT
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
مَنْ زَا رَ قَبْرِىْ وَجَبَتْ لَهُ شَفَا عَتِي 
Ertinya:Sesiapa yang menziarahi kuburku nescaya akan mendapat syafaatku.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
شَفَا عَتِي لِأَهْلِ الْكَبَا ىِٔرِ فَمَنْ كَذَبَهَا لَمْ يَلَنْهَا
Ertinya:Syafaatku untuk orang-orang yang melakukan dosa besar,sesiapa yang mendustakannya ia tidak akan mendapatkannya kelak.

CARA UNTUK MENDAPATKAN SYAFAAT
1.Sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
2.Dengan menziarahi makam Nabi Muhammad s.a.w.
3.Sentiasa melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
4.Selalu berbaik mesra dan berhubung dengan para ulama.
5.Berkeyakinan bahawa syafaat akan diberikan kepada kita di akhirat kelak.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH