TAUHID - H SYURGA DAN NERAKA

SYURGA DAN NERAKA
Syurga ialah tempat balasan nikmat yang disediakan oleh Allah di akhirat untuk orang yang beramal soleh.Di dalamnya terdapat pelbagai kenikmatan.
Neraka ialah tempat balasan azab yang disediakan oleh Allah di akhirat untuk orang yang ingkar akan perintahNya.Di dalamnya terdapat pelbagai keazaban yang amat dahsyat.

DALIL TENTANG ADANYA SYURGA DAN NERAKA
Firman Allah Taala:
إِنَّا الْاَبْرَا رَلَفِى نَعِيْمٍ وَإِنَّ الْفُجَّا رَلَفِى الْجَحِيْمٍ
Ertinya:Sesungguhnya yang baik dimasukkan ke Syurga Naim dan yang jahat dimasukkan ke Neraka Jahim.

NAMA-NAMA SYURGA
1.Al-Firdaus
2.Al-Makwa
3.Al-Adnin
4.Al-Naim
5.Darul Khuldi
6.Darus Salam
7.Darul Jalal

NAMA-NAMA NERAKA
1.Al-Hawiah
2.Al-Wail
3.As-Sair
4.Al-Jahannam
5.Al-Saqar
6.Al-Hutomah
7.Al-Jahim

GAMBARAN KEADAAN DI SYURGA
1.Di dalamnya terdapat sebuah taman yang penuh dengan aneka keseronokan.
2.Pohon buah-buahan yang beraneka jenis dan pelbagai rasa.
3.Makanan dan minuman yang pelbagai rasa.
4.Disediakan bidadari.
5.Di bawah syurga terdapat air sungai yang mengalir dengan nyaman.
6.Terdapat pelbagai kenikmatan yang tidak terlintas di sanubari manusia.

GAMBARAN KEADAAN DI NERAKA
1.Di dalamnya terdapat kawah yang besar dan mengerikan.
2.Pembakaran api yang sangat panas dan kayunya daripada manusia kafir dan batu.
3.Makanan daripada batang berduri dan minuman daripada air yang mendidih.
4.Kulit yang hangus akan diganti dengan kulit yang baru.
5.Keazaban yang tidak pernah dialami di dunia dan tidak terfikir oleh akal manusia.

HIKMAH ALLAH MENGADAKAN SYURGA
1.Menggalakkan manusia supaya sentiasa patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
2.Menunjukkan keadilan Allah terhadap makhluknya yang beriman.
3.Sebagai menghargai fitrah manusia yang inginkan ganjaran terhadap perkara-perkara yang telah dilakukan di dunia.
4.Supaya manusia menyedari bahawa setiap kejahatan akan ada balasannya.
5.Menunjukkan bahawa Allah tidak mungkir janji.

HIKMAT ALLAH MENGADAKAN NERAKA
1.Untuk memberi pembalasan yang setimpal terhadap mereka yang melakukan kejahatan semasa di dunia.
2.Untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada manusia,dengan itu mereka takut untuk melakukan kejahatan semasa di dunia.
3.Untuk membuka tembelang golongan yang sentiasa ingkar terhadap suruhan Allah.

BUKTI BAHAWA SYURGA DAN NERAKA TELAH PUN ADA SEKARANG INI
1.Adam dan Hawa sebelum diturunkan ke bumi merupakan penduduk di syurga.Ini kerana mereka telah berdosa sebab memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah.
2.Nabi Muhammad telah diperlihatkan keadaan syurga dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
3.Batu Sijjil yang dicampakkan oleh burung Ababil semasa serangan tentera Abrahah adalah dikatakan dari neraka.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH