TAUHID - C PADANG MAHSYAR

PADANG MAHSYAR
==============
Tempat perhimpunan raya pada hari akhirat kelak selepas dibangkitkan manusia untuk dibicarakan segala amalan mereka serta diberi pembalasan terhadap perkara yang telah dilakukan semasa di dunia.

DALIL TENTANG MAHSYAR
Firman Allah Taala:
وَيَوْمَ يُحْشَرُ اَعْدَاءُ اللّٰهِ إِلَى النَّارِ 
Ertinya:Dan pada hari akhirat dihimpunkan musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka.

KEADAAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR
1.Golongan yang beriman akan berada dalam keadaan yang selesa dan mendapat rahmat Allah.
2.Golongan yang ingkar akan perintah Allah akan berada dalam keadaan yang menyeksakan,ada yang merasakan matahari sejengkal di atas kepala.

JANGKA MASA DI PADANG MAHSYAR
1.Golongan yang beriman akan berasa sekejap sahaja.
2.Golongan yang tidak beriman akan berasa terlalu lama kerana mereka disiksa dengan pelbagai siksaan.

CARA PENGADILAN DIJALANKAN DI PADANG MAHSYAR
1.Semua manusia dikumpulkan di Padang Mahsyar setelah dibangkitkan.
2.Setelah sekian lama diberi pula Syafaat Kubra iaitu dipercepat kiraan hisab.
3.Semua amalan dibentangkan sama ada yang baik ataupun yang jahat.
4.Semua amalan dikira dan disaksikan oleh setiap anggota badan untuk menyatakan kebenaran.
5.Segala amalan ditimbang di atas Mizan untuk menentukan seseorang itu ke syurga atau neraka.

HIKMAH DIADAKAN PADANG MAHSYAR
1.Untuk dihitung dan dihisab segala amalan manusia semasa kita berada di atas dunia.
2.Supaya manusia sentiasa mengingati dan mematuhi perintah Allah serta meninggalkan laranganNya.
3.Menunjukkan kebesaran,keadilan dan keagungan Allah.Setiap manusia diadili dengan saksama terhadap perkara yang telah kita lakukan.
4.Masyarakat akan hidup aman dan bahagia kerana setiap umat patuh kepada perintah Allah.

PERCAYA AKAN MAHSYAR MELAHIRKAN PERPADUAN DALAM MASYARAKAT
1.Manusia akan menyedari bahawa mereka dikumpulkan dalam keadaan yang serupa.Maka mereka tidak akan berasa angkuh dan sombong semasa di dunia.
2.Mereka merasakan ada persamaan darjat kerana mereka mengetahui bahawa di akhirat manusia akan dikumpulkan dalam keadaan yang sama.
3.Manusia akan sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan.Dengan itu,akan melahirkan perpaduan kerana adanya hari pembalasan.
4.Orang yang percaya kepada kewujudan Padang Mahsyar tidak akan sanggup melakukan kezaliman sesama manusia kerana takut akan hari perbicaraan.Maka dengan ini akan melahirkan masyarakat yang baik dan bersatu padu.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH