SEJARAH 9.9 KEWAFATAN ABU BAKAR

9.9 KEWAFATAN ABU BAKAR

1. Ketika peperangan Yarmuk sedang hebat berlaku,maka datang Muhammad bin Zanim membawa berita tentang:
   (a) kewafatan Abu Bakar;
   (b) perlantikan Umar menjadi khalifah;
   (c) pemecatan Khalid bin Al-Walid sebagai panglima agung;
   (d) perlantikan Abu Ubaidah Al-Jarrah menjadi panglima agung.
2. Khalid bin Al-Walid menyimpan berita ini demi kepentingan dan semangat tentera Islam.
3. Setelah keputusan peperangan dimenangi,maka barulah Khalid bin Al-Walid menyampaikan berita itu kepada tentera-tentera Islam.
4. Abu Bakar sebelum wafat telah demam selama lima belas hari.
5. Baginda wafat pada malam Selasa 23 Jamadilakhir 13 Hijrah ketika berumur 63 tahun.
6. Abu Bakar dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah(s.a.w.).
7. Abu Bakar menjadi khalifah selama 2 tahun 3 bulan 10 hari.
8. Antara jasa-jasa Abu Bakar ialah:
   (a) mengumpulkan Al-Quran;
   (b) menghapuskan nabi palsu;
   (c) menghapuskan orang murtad;
   (d) membebaskan orang-orang yang tertindas oleh Farsi dan Rom;
   (e) membebaskan negeri dan daerah Sanak,Hadramaut,Khawalan,Najran dan Bahrain.
9. Sifat-sifat Abu Bakar:
   (a) Keikhlasan terhadap Rasulullah(s.a.w.):
       Baginda mengiringi Rasulullah(s.a.w.) semasa berhijrah dari Mekah ke Madinah dan bersama-sama bersembunyi di Gua Sur.Baginda menahan tapak tangan semasa seekor ular cuba untuk mematuk Rasulullah(s.a.w.).
   (b) Ketenangan dan tetap pendirian:
       Baginda mengisytiharkan kewafatan Rasulullah(s.a.w.) kepada orang ramai.Baginda kemudian memerangi orang-orang yang enggan membayar zakat.
   (c) Abu Bakar tidak berkebesaran setelah memegang jawatan khalifah:-baginda memikul gandum ke pasar untuk jualan.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH