SEJARAH 9.6 MENGUMPULKAN AL-QURAN

9.6 MENGUMPULKAN AL-QURAN

1. Pada masa Rasulullah(s.a.w.),Al-Quran hanya dihafaz oleh sahabat-sahabat dan ditulis di pelepah-pelepah tamar,belulang serta batu dan tidak terkumpul seperti sekarang ini.
2. Sebanyak 70 orang penghafaz Al-Quran gugur syahid semasa menentang orang-orang murtad.
3. Untuk mengelakkan Al-Quran daripada hilang begitu sahaja,maka Sayidina Umar mencadangkan kepada Abu Bakar supaya Al-Quran dikumpulkan.
4. Zaid bin Sabit menjadi ketua pengumpul dan penulis Al-Quran.
5. Ayat-ayat Al-Quran yang ditulis di pelepah tamar,batu,belulang dan dari penghafaz-penghafaz dijadikan satu naskhah kemudian diserahkan kepada Abu Bakar.
6. Susunan Al-Quran yang kita dapati pada masa ini dibuat pada masa pemerintahan Khalifah Usman bin Affan.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH