SEJARAH 9.7 PENAKLUKAN KERAJAAN FARSI SEMASA ABU BAKAR

9.7 PENAKLUKAN KERAJAAN FARSI SEMASA ABU BAKAR

1. Apabila nabi palsu dapat dihapuskan,mulalah Abu Bakar berusaha untuk menghapuskan kezaliman kerajaan Farsi di timur dan kerajaan Rom di barat.
2. Farsi diketuai oleh seorang raja yang bergelar Kisra.
3. Madain ialah ibu negeri Farsi yang terletak berhampiran dengan Sungai Dajilah.
4. Jajahan takluknya ialah Iraq,negeri-negeri Arab yang berhampiran dengannya dan wilayah-wilayah kecil di Farsi.
5. Pasukan Iyaz bin Ghanam menuju ke Iraq dan Khalid bin Al-Walid ke Farsi dengan tujuan menyerang kerajaan Farsi dari dua hala.
6. Khalid bin Al-Walid menuju ke Farsi pada tahun kedua belas Hijrah.
7. Sebelum bergerak ke wilayah Farsi yang lain,Khalid bin Al-Walid diperintah supaya menyeberang dan menawan Ubullah kerana Ubullah merupakan pintu masuk ke Farsi.
8. Pembesar Farsi di Ubullah bernama Hurmuz.
9. Sampai di Ubullah maka Khalid bin Al-Walid telah mengirimkan surat kepada Hurmuz supaya memeluk Islam secara sukarela atau membayar ufti dan jika enggan akan diperangi.
10.Hurmuz memerintahkan tenteranya supaya mengawal kawasan air supaya tentera Islam kehausan.
11.Surat itu dihantar kepada Kisra di Madain dan ia memerintahkan Hurmuz memerangi tentera Islam.
12.Peperangan berlaku dengan hebatnya dan akhirnya dimenangi oleh pihak Islam.
13.Hurmuz terbunuh di dalam peperangan ini.
14.Kisra mengirimkan tentera bantuan tetapi dapat juga dikalahkan oleh tentera Khalid bin Al-Walid dan dengan ini jatuhlah Ubullah ke tangan kerajaan Islam.
15.Penduduk Ubullah membayar jizyah(cukai) kepada kerajaan Islam dan ada yang memeluk Islam secara sukarela.
16.Di dalam masa empat belas bulan,Khalid bin Al-Walid berjaya menawan sebahagian daripada kerajaan Farsi.
17.Khalid bin Al-Walid juga berjaya menawan kota Hirah yang merupakan ibu negeri Iraq lalu dijadikan pusat tentera Islam di wilayah Farsi yang ditawan oleh Islam.
18.Khalid bin Al-Walid bekerjasama pula dengan pasukan Iyaz bin Ghanam bagi menawan Anbar.
19.Dengan ini jatuhlah Anbar ke tangan kerajaan Islam.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH