SEJARAH 9.11 PENAKLUKAN KERAJAAN FARSI SEMASA UMAR

9.11 PENAKLUKAN KERAJAAN FARSI SEMASA UMAR

1. Al-Musana bin Harisah  Asy-Syaibani menjadi panglima setelah Khalid bin Al-Walid pergi menentang Rom di Syam.
2. Beliau meneruskan perjuangan menentang Farsi dan kebetulan pada masa itu raja Farsi,Kisra,meninggal dunia.
3. Kisra meninggalkan seorang puteri lalu dilantik menjadi raja Farsi dengan bantuan panglima yang handal pada masa itu yang bernama Rustum.
4. Rustum melengkapkan tentera untuk menentang Islam dan memerintahkan kaum tani turut sama berperang.
5. Semasa Al-Musana meminta bantuan,Abu Bakar sedang sakit.Setelah Umar menjadi khalifah,maka beliau terus mengirimkan tentera diketuai oleh Abu Ubaidah Masud As-Saqafi.
6. Abu Ubaidah Saqafi bersama dengan tenteranya menuju ke Iraq dan mengalahkan tentera Farsi di bawah pimpinan Jaban.
7. Rustum mengirimkan tentera diketuai oleh Bahman setelah diketahui tentang kekalahan tentera Jaban.
8. Tentera Islam berhadapan dengan tentera Farsi dengan diselangi oleh Sungai Furat.
9. Pada mulanya kedua-dua belah pihak tidak mahu menyeberang jambatan tetapi Abu Ubaidah Saqafi memerintahkan tentera Islam menyeberangi jambatan dengan melanggar nasihat para sahabat yang melarang menyeberang jambatan.
10.Tentera Islam menyeberangi jambatan.Seorang tentera dari suku Saqif memotong jambatan lalu banyak tentera Islam terkorban di dalam sungai.
11.Sebanyak 4000 orang tentera Islam terbunuh termasuk Abu Ubaidah Saqafi sendiri dan pihak musuh yang terbunuh pula sebanyak 6000 orang.
12.Kekalahan tentera Islam adalah kerana:
   (a) keingkaran Abu Ubaidah Saqafi mendengar nasihat sahabat yang melarang menyeberangi jambatan;
   (b) perbuatan memotong jambatan adalah tidak tepat.
13.Laporan kekalahan di dalam Peperangan Jambatan pertama disampaikan kepada Sayidina Umar di Madinah.
14.Umar menghantar tentera bantuan kepada Al-Musana untuk menentang Farsi.
15.Tentera pimpinan Al-Musana berhadapan dengan tentera Farsi dengan diselangi oleh Sungai Furat di suatu tempat yang bernama Bunayb.
16.Pada kali ini tentera Farsi pula menyeberangi jambatan lalu dapat ditewaskan oleh tentera Islam.
17.100 000 orang tentera Farsi dibunuh.
18.Tatkala itu pula,semenjak Farsi diperintah oleh raja perempuan,mula berlaku perselisihan antara Panglima Rustum dengan Panglima Fairuzan kerana masing-masing ingin mempengaruhi raja perempuan itu.
19.Kekalahan Farsi di dalam Peperangan Jambatan Kedua menimbulkan kesedaran di hati kedua-dua panglima itu dan akhirnya mereka berdamai.
20.Raja baru yang bernama Yazdajir yang berusia 21 tahun,dilantik untuk mengelakkan berlaku lagi perselisihan di antara mereka berdua.
21.Yazdajir berazam untuk menawan semula wilayah yang telah ditakluki oleh Islam.

Peperangan Al-Qadisiah
______________________
1. Peperangan ini berlaku di antara Farsi dengan Islam pada tahun 14 Hijrah.
2. Al-Musana meminta bantuan tentera daripada Madinah setelah mengetahui cita-cita Yazdajir itu.
3. Tentera bantuan sebanyak 4000 orang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas tiba di Iraq.
4. Pada mulanya Umar sendiri hendak mengetuai tentera tetapi dilarang oleh para sahabat lalu dibatalkannya.
5. Al-Musana pula yang cedera parah di dalam Peperangan Jambatan Kedua meninggal dunia.
6. Tentera Islam berkumpul di Al-Qadisiah.
7. Saad bin Abi Waqas mengirimkan utusan dengan menyeru Yazdajir memeluk Islam atau membayar ufti dan jika enggan akan diperangi.
8. Yazdajir melengkapkan tentera untuk memerangi Islam dengan diketuai oleh Panglima Rustum.
9. Angkatan Rustum tiba di Al-Qadisiah dengan tentera berjumlah seramai 120 000 orang dan 30 ekor gajah.
10.Mughirah bin Syukbah diutus bagi mengadap Rustum kerana mengadakan perbincangan.Akhirnya Rustum tawar hati untuk berperang tetapi dengan desakan Yazdajir maka terpaksa juga berperang.
11.Rustum mengatur barisan tentera dengan:
   (a) barisan depan tentera bergajah;
   (b) barisan tengah tentera biasa;
   (c) barisan belakang sebagai benteng terakhir dan pelapor kepada Yazdajir.
12.Tentera Islam juga sudah bersiap sedia untuk berperang.
13.Pertempuran berlaku selama empat hari dan akhirnya dimenangi oleh pihak Islam.
14.Rustum mati dibunuh oleh Hilal bin Al-Qamah.
15.8000 orang tentera Islam terbunuh sementara pihak Farsi pula sebanyak 30 000 orang.

Menawan Kota Madain
___________________
1. Setelah berehat selama dua bulan,maka tentera Islam diperintahkan oleh Umar supaya menawan Madain iaitu ibu kota Farsi.
2. Semasa menuju ke Madain segala tempat yang dilalui dapat ditakluki oleh pihak Islam.
3. Selama tiga bulan Madain dikepung dan akhirnya jatuh ke tangan Islam.
4. Yazdajir sempat melarikan diri ke Hulwan.
5. Madain dijadikan markas tentera Islam.
6. Iwan Kisra(Istana Putih) raja Farsi di Madain dijadikan masjid untuk orang Islam beribadat.
7. Pada tahun 17 Hijrah pula,Umar memerintahkan Saad bin Abi Waqas membina kota Kufah dan Basrah.
8. Kedua-dua kota ini dijadikan markas tentera dan pusat pemerintahan Islam di Farsi.

Menawan Ahwaz,Nihawan dan Khurasan
__________________________________
1. Ahwar adalah sebuah daerah yang bersempadan dengan Basrah. 
2. Gabenor Islam di Basrah bernama Utbah bin Ghazwan.
3. Saad bin Abi Waqas kemudian membantu Utbah memerangi Harmuzan,panglima yang lari dari Qadisiah dahulu di Ahwar.
4. Harmuzan minta berdamai kemudian mencabuli perjanjian.Ia dihantar kepada Sayidina Umar di Madinah lalu ia memeluk Islam.
5. Orang-orang Farsi yang masih tinggal berkubu di Nihawan pula untuk menentang Islam.
6. Umar memerintahkan Nukman bin Muqarrin di Kufah supaya menawan Nihawan.
7. Setelah berlaku peperangan,maka akhirnya Nihawan dapat ditawan oleh tentera Nukman bin Muqarrin.
8. Ahnaf bin Qais pula diperintahkan oleh Umar untuk menawan Khurasan.
9. Yazdajir cuba untuk minta bantuan Raja China dan Turki,tetapi angkatan Islam sudah tiba di Khurasan.
10.Peperangan berlaku dan akhirnya Yazdajir melarikan diri.
11.Dengan ini tumbanglah kerajaan Farsi yang gagah itu ke tangan kerajaan Islam.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH