SEJARAH 9.10 UMAR AL-KHATTAB - KHALIFAH KEDUA

9.10 UMAR AL-KHATTAB - KHALIFAH KEDUA

1. Nama sebenarnya Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza.
2. Umar Al-Khattab menjadi khalifah dari tahun 13H-23H/634M-644M.
3. Umar Al-Khattab berketurunan dengan Rasulullah(s.a.w.) pada datuknya yang ketujuh yang bernama Kaab bin Luwaiy.
4. Nama timang-timangannya ialah Abu Hafsin.
5. Nama gelarannya Al-Faruk(orang yang membezakan kebenaran dengan kepalsuan).
6. Umar Al-Khattab tiga belas tahun lebih muda daripada Rasulullah(s.a.w.).
7. Umar Al-Khattab dididik dengan sifat-sifat kemuliaan,keberanian dan tidak pernah berdusta.
8. Pada mulanya beliau kuat menentang Islam tetapi akhirnya memeluk Islam semasa berusia 33 tahun lalu menjadi pahlawan dan khalifah Islam yang kedua.
9. Semasa Abu Bakar sedang sakit tenat beliau sempat mengadakan mesyuarat untuk memilih penggantinya.
10.Beliau mencadangkan Sayidina Umar dan mendapat sokongan sebulat suara daripada para sahabat.
11.Sayidina Usman bin Affan ditugaskan menulis surat perlantikan rasmi Sayidina Umar menjadi khalifah.
12.Abu Bakar mengisytiharkan perlantikan itu dan disokong oleh orang ramai.
13.Dengan pengisytiharan yang dibuat oleh Abu Bakar ini,maka terlantiklah Sayidina Umar menjadi khalifah Islam kedua.
14.Setelah Abu Bakar wafat,maka Umar ditabalkan menjadi khalifah.
15.Beliau kemudian menyampaikan ucapan kepada orang ramai sebagai ucapan dasar khalifah yang baru.
16.Antara isi ucapannya ialah menasihati orang ramai supaya hidup bersatu padu dan tolong menolong.Beliau berjanji akan memerintah secara adil dengan berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis dan jika beliau menyeleweng,maka beliau hendaklah ditegur.
17.Tindakan pertama yang dilakukan setelah menjadi khalifah ialah:
   (a) melengkapkan tentera untuk dihantar ke Iraq;
   (b) melucutkan Khalid bin Al-Walid sebagai panglima agung dan digantikan dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah(Khalid terlalu nekad dan keras di dalam peperangan).

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH