TAUHID 4.4 PERCAYA KEPADA MALAIKAT

4.4 PERCAYA KEPADA MALAIKAT

1. Malaikat adalah makhluk halus yang dijadikan oleh Allah daripada nur(cahaya).
2. Malaikat dapat menjelma dengan berbagai-bagai rupa menurut kehendaknya dan dengan keizinan Allah.
3. Malaikat dapat menjalankan pekerjaan-pekerjaan yang berat yang tidak dapat dijalankan oleh manusia.
4. Malaikat bukan lelaki,bukan perempuan dan bukan pondan.
5. Malaikat tidak makan,tidak minum dan tidak pernah membuat sebarang kesalahan ataupun dosa kepada Allah,serta sangat taat dan patuh kepada perintah Allah.
6. Malaikat dapat menempuh perjalanan yang jauh dalam masa yang singkat.
7. Ada 10 malaikat yang wajib kita tahu namanya:
   (a) Jibrail;
   (b) Mikail;
   (c) Israfil;
   (d) Izrail;
   (e) Raqib;
   (f) Atid;
   (g) Munkar;
   (h) Nakir;
   (i) Ridwan;
   (j) Malik.
8. Setiap malaikat ini ada tugasnya:
   (a) Tugas malaikat Jibrail ialah:
       (i) sebagai ketua kepada semua malaikat;
      (ii) menyampaikan wahyu Allah kepada Rasul-rasul dan malaikat yang lain.
   (b) Tugas malaikat Mikail ialah:
       (i) menurunkan hujan;
      (ii) menumbuhkan tumbuh-tumbuhan atau tanam-tanaman;
     (iii) memberikan rezeki kepada makhluk Allah.
   (c) Tugas malaikat Israfil ialah meniup sangkakala pada hari Kiamat sebanyak dua kali.Pertama ketika hendak menghancurkan alam dan kedua ketika menghidupkan makhluk semula.
   (d) Tugas malaikat Izrail ialah mengambil nyawa segala yang bernyawa.
   (e) Tugas malaikat Raqib ialah menulis dan mencatat amal baik manusia.
   (f) Tugas malaikat Atid ialah menulis dan mencatat amal jahat manusia.
   (g) Tugas malaikat Munkar dan Nakir ialah menyoal orang mati.
   (h) Tugas malaikat Ridwan ialah menjaga syurga.
   (i) Tugas malaikat Malik ialah menjaga neraka.
9. Kita wajib mempercayai malaikat kerana beberapa sebab:
   (a) Percaya kepada malaikat adalah salah satu daripada rukun iman;
   (b) Malaikat menjadi teladan kepada manusia untuk berbakti kepada Allah;
   (c) Menandakan kebesaran dan keagungan Allah.

Dalil Wajib Percaya Kepada Malaikat
___________________________________
1. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 285: 
ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِۦ ۚ 
   Ertinya:Rasul-rasul itu telah beriman dengan apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan orang-orang mukmin semuanya beriman dengan Allah,MalaikatNya,kitabNya dan rasulNya.

2. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 177: 
 لَّيْسَ ٱلْبِرَّ أَن تُوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةِ وَٱلْكِتَٰبِ وَٱلنَّبِيِّۦنَ
   Ertinya:Bukanlah kebaikan,bahawa kamu menghadapkan muka kamu arah ke timur dan ke barat,tetapi kebaikan itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah,hari kemudian,malaikat-malaikat,kitab-kitab Allah dan kepada Nabi-nabi.

3. Sabda Rasulullah(s.a.w.) yng diriwayatkan oleh Muslim:
   اَلْاِيْمَانُ أَنْ تُؤْمِنَ بِا اللّٰهِ وَمَلَا ىِٔكَتِهِ وَكُتُبِهِ 
وَرَسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْاٰ خِرِوَأَنْ تُؤْمِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ  
 (دريواية اوليه مسلم )   
   Ertinya:Iman itu bahawa engkau percaya kepada Allah,malaikatNya,kitab-kitabNya,rasul-rasulNya,hari akhirat dan engkau percaya pula dengan takdir baik dan burukNya.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH