TAUHID 6.1 PERCAYA KEPADA RASUL-RASUL ALLAH

6.1 PERCAYA KEPADA RASUL-RASUL ALLAH

1. Rasul adalah orang lelaki yang diberikan wahyu oleh Allah untuk dirinya sendiri dan wajib pula ia menyampaikan wahyu itu kepada orang lain.
2. Nabi pula orang lelaki yang diberikan wahyu oleh Allah untuk dirinya sendiri,tidak wajib disampaikan wahyu itu kepada orang lain tetapi ia harus menjadi contoh kepada orang ramai.
3. Na bi dan rasul tidak daripada kaum perempuan kerana tugas-tugas rasul sangat berat.Orang perempuan yang bersifat lemah tidak akan terpikul dengan tugas-tugas yang berat itu dan kerana itu Allah tidak memilih mereka menjadi rasul.
4. Kita wajib percaya dan yakin betul-betul sepenuh hati bahawa Allah mengutuskan beberapa orang rasul di dunia ini bagi memimpin manusia ke jalan yang benar dan diredhai Allah agar manusia hidup bahagia di dunia dan di akhirat.
5. Bilangan nabi dan rasul tidak diketahui dengan tepatnya.
6. Hanya 25 orang sahaja yang diketahui dengan tepatnya.
7. Di dalam Al-Quran Allah menegaskan ada rasul-rasul diceritakan oleh Allah dan ada pula tidak diceritakan.Ini sebagaimana firman Allah di dalam surah an-Nisak ayat 164:

وَرُسُلًا قَدْ قَصَصْنَٰهُمْ عَلَيْكَ مِن قَبْلُ وَرُسُلًا لَّمْ نَقْصُصْهُمْ عَلَيْكَ   
 (سورةالنساء-164) 
   Ertinya:Dan ada beberapa rasul yang dahulu itu,ada yang Kami ceritakan kepada engkau dan ada pula yang tidak Kami ceritakan tentang mereka itu kepada engkau.
8. Ulama tidak berani menetapkan bilangan nabi dan rasul walaupun begitu ada riwayat yang menyatakan:
   Abu Zarrin telah bertanya Rasulullah(s.a.w.) tentang bilangan nabi dan rasul,lalu baginda bersabda:"Bilangan nabi itu ialah 124000 orang".
   Abu Zarrin bertanya lagi:"Berapakah rasul di antara nabi-nabi itu?".Nabi menjawab:"313 orang.Rasul yang pertama ialah Adam dan yang akhirnya ialah nabi kamu Muhammad.Di antaranya empat orang rasul daripada bangsa Arab iaitu Hud,Saleh,Syuaib dan Muhammad.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH