TAUHID 5.2 AL-QURAN DAN NABI MUHAMMAD(S.A.W.)

5.2 AL-QURAN DAN NABI MUHAMMAD(S.A.W.)

1. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hri.
2. Ayat Al-Quran mula-mula sekali diturunkan pada 17 Ramadhan,di Gua Hirak,ketika nabi berusia 40 tahun 6 bulan.
3. Al-Quran mengandungi 6,666 ayat dengan 114 surah.
4. Ayat yang mula-mula diturunkan ialah dari surah Al-Alaq ayat 1-5:
   ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ.خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَق.ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ.ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ.عَلَّمَ ٱلْإِنسَٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
   Ertinya:Bacalah dengan nama Tuhanmu,yang telah menjadikan manusia daripada segumpal darah,Bacalah,Tuhanmu Yang Maha Mulia,yang mengajar manusia dengan pena,mengajar manusia apa yang tidak diketahui.
5. Ayat yang terakhir pula diturunkan di Padang Arafah pada tahun ke-10 Hijrah.
6. Ayatnya dari surah al-Maidah ayat 3:
   ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَٰمَ دِينًا ۚ
   Ertinya:Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu,dan telah Aku sempurnakan bagi kamu nikmat Aku dan telah Aku redha bagi kamu agama Islam sebagai agama kamu.

Hujah bahawa Al-Quran Diturunkan oleh Allah
___________________________________________
1. Nabi Muhammad(s.a.w.) terkenal sebagai buta huruf(ummi).
2. Nabi Muhammad membaca Al-Quran setelah menerimanya daripada Allah.
3. Nilai bahasa dan kandungan isi Al-Quran sangat tinggi.
4. Mutu atau nilai Al-Quran diakui oleh sarjana-sarjana moden pada zaman ini.
5. Orang Arab awalnya menentang Islam tetapi akhirnya memeluk Islam beramai-ramai.
6. Terdapat ayat Al-Quran yang mencabar mereka supaya membuat surah serupa Al-Quran tetapi mereka tidak berjaya berbuat demikian.

Pengakuan Musuh Islam Terhadap Al-Quran
_______________________________________
1. Al-Walid bin Mughirah
   Ia ketua orang Quraisy Mekah yang sangat memusuhi Nabi Muhammad(s.a.w.) berkata:
   Demi Tuhan,tidak ada yang dapat menandingi sedikit pun dengan apa yang dibaca oleh Muhammad,sungguh manis perkataannya,indah pula susunan ayatnya,bukan daripada jenis percakapan manusia atau jin.
2. Utbah bin Rabiah:
   Ia pemuda yang bijak berpidato dan handal berdebat.Di antara lain ia berkata:
   Demi Tuhan,selama saya hidup ini,belum pernah mendengar perkataan yang seperti perkataan Muhammad,perkataan itu bukan syair kerana Muhammad bukan tukang syair,bukan perkataan tukang tilik kerana ia bukan tukang tilik dan bukan perkataan orang gila kerana ia bukan gila.Oleh itu saya tidak dapat menjawab perkataan yang diucapkan oleh Muhammad itu.
3. Geothe:
   Ia ahli falsafah berbangsa Jerman di antara lain berkata:
   Al-Quran itu mempunyai susunan kata yang elok dan indah,juga isi dan tujuannya mengandungi sesuatu pedoman yang bahagia.
4. Profesor Dr. Edenard Monter:
   Barangsiapa yang berkata bahawa Al-Quran itu tidak mengandungi peradaban yang tinggi dan elok,ia adalah orang yang tidak bijak.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl








Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH