TAUHID 5.1 PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB ALLAH

5.1 PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB ALLAH

1. Percaya kepada kitab Allah bermakna mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah ada menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia.
2. Kitab-kitab suci diturunkan untuk dijadikan pedoman atau panduan hidup umat yang dipimpin oleh para rasul.
3. Kitab-kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada para rasul itu terbahagi kepada dua iaitu suhuf dan kitab.
4. Erti suhuf merupakan dasar-dasar pokok dan nasihat secara umum sahaja,tidak lengkap dan tidak meliputi semua soal masyarakat.
5. Erti kitab pula merupakan undang-undang yang lengkap mengandungi soal-soal yang berhubung dengan masyarakat,ibadat dan akhirat.
6. Sebanyak 100 suhuf telah diturunkan oleh Allah:
   (a) 50 suhuf kepada Nabi Syis;
   (b) 30 suhuf kepada Nabi Idris;
   (c) 10 suhuf kepada Nabi Ibrahim;
   (d) 10 suhuf kepada Nabi Musa.
   Nabi Musa menerima suhuf sebelum menerima kitab Taurat.
7. Kitab yang diturunkan kepada para rasul ada 4:
   (a) Taurat diturunkan kepada Nabi Musa;
   (b) Zabur diturunkan kepada Nabi Daud;
   (c) Injil diturun kepada Nabi Isa;
   (d) Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad(s.a.w.).

Taurat
______
1. Kitab ini diturunkan kepada Nabi Musa sekaligus sewaktu baginda memohonnya kepada Allah di Pergunungan Sinai di utara Laut Merah.
2. Kitab ini di dalam bahasa Ibrani atau hebrew.
3. Antara isi kandungannya:
   (a) Keterangan tentang kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w.);
   (b) Hukum-hukum agama yang sesuai dengan zaman Nabi Musa;
   (c) Menyatakan keesaan Allah.
4. Kandungan kitab ini telah berubah kerana sudah dipinda.Ini merangkumi soal-soal syurga,neraka,hari kiamat,balasan baik dan jahat yang telah ditiadakan.
   Yang ganjilnya kitab ini ada menceritakan kematian nabi Musa padahal kitab itu diturunkan pada masa nabi Musa masih hidup lagi.

Zabur
_____
1. Zabur diturunkan oleh Allah kepada nabi Daud di dalam bahasa Suryani.
2. Nama lain bagi kitab ini ialah Mazmur.
3. Antara isi kandungannya:
   (a) Doa-doa;
   (b) Zikir-zikir;
   (c) Nasihat-nasihat;
4. Kitab Zabur tidak mempunyai hukum agama kerana umat nabi Daud diperintahkan oleh Allah untuk mengikut agama nabi Musa.
5. Kitab Taurat dan Zabur yang disatukan oleh orang-orang Kristian disebut Perjanjian Lama(The Old Testament).
6. Sekarang ini kitab Perjanjian Lama (The Old Testament) dan Perjanjian Baru(The New Testament) disatukan pula oleh orang-orang Kristian dan disebut The Holy Bible.

Injil
_____
1. Injil diturunkan oleh Allah kepada nabi Isa di dalam bahasa Ibrani.
2. Antara isi kandungannya:
   (a) Hukum dan amalan yang sesuai pada zaman itu;
   (b) Menyatakan keesaan Allah;
   (c) Membatalkan (memansuhkan) sesetengah hukum di dalam Taurat.
3. Kitab Injil yang asal sudah tiada lagi kerana telah dipinda oleh orang Kristian selepas nabi Isa.Kitab ini disebut Perjanjian Baru(The New Testament),antaranya:
   (a) Injil Matta;
   (b) Injil Yuhana;
   (c) Injil Luqa;
   (d) Injil Marqas;
   (e) Injil Bernaba.

Al-Quran
________
1. Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad(s.a.w) di dalam bahasa Arab.
2. Al-Quran juga disebut Al-Furqan.
3. Antara isi kandungannya:
   (a) Hukum agama yang lengkap satu persatu;
   (b) Pengajaran-pengajaran;
   (c) Nasihat-nasihat;
   (d) Cerita-cerita sejarah;
   (e) Segala ilmu pengetahuan yang memimpin umat manusia kepada kebenaran,ketinggian dan kemuliaan dunia dan akhirat.
4. Keistimewaan atau kelebihan Al-Quran daripada kitab-kitab Allah yang lain:
   (a) Isi kandungannya sesuai untuk digunakan oleh semua bangsa bagi setiap masa dan segenap(serata) tempat;
   (b) Isi kandungannya tidak akan berubah atau terpindah selama-lamanya sehingga ke hari kiamat,tidak sebagaimana kitab Allah yang lain;
   (c) Isi kandungannya membatalkan(memansuhkan) hukum-hukum di dalam kitab-kitab yang terdahulu daripadanya;
   (d) Isi kandungannya tidak berlawanan dengan ilmu pengetahuan;
   (e) Al-Quran mudah diingat dan dihafaz;
   (f) Al-Quran tidak menjemukan atau membosankan.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH