TAUHID 5.4 AL-QURAN ITU MUKJIZAT RASULULLAH(S.A.W)

5.4 AL-QURAN ITU MUKJIZAT RASULULLAH(S.A.W)

1. Al-Quran merupakan mukjizat yang dikurniakan kepada Rasulullah(s.a.w.).
2. Hujah-hujah bahawa Al-Quran adalah mukjizat Rasulullah(s.a.w.)
   (a) Al-Quran tetap terpelihara;
   (b) Keindahan dan kehalusan bahasa Al-Quran diakui oleh pakar-pakar bahasa dan pendeta-pendeta bahasa Arab;
   (c) Kandungan Al-Quran meliputi segenap segi;
   (d) Al-Quran tidak jemu dibaca dan didengar;
   (e) Al-Quran menjadi penawar pelbagai penyakit terutama penyakit iman;
   (f) Al-Quran juga diakui akan ketinggian bahasa dan isi kandungan oleh golongan jin.
3. Alasan lengkap bahawa Al-Quran mukjizat Rasulullah(s.a.w.):
   (a) Al-Quran tidak jemu dibaca dan didengar.Semakin diulang kali membaca dan mendengarnya,semakin bertambah mesra dan dapat meresap di jiwa tiap-tiap orang yang membaca atau mendengarnya;
   (b) Al-Quran tetap terpelihara.Isinya tetap terpelihara dan tidak terpinda atau terubah selama-lamanya sehingga ke hari kiamat kerana  telah diberikan jaminan oleh Allah.Ini dalam firmanNya daripada surah al-Hajar ayat 9:       
       إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ
(سورةالحجر-9)
       Ertinya:Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini dan sesungguhnya Kami sentiasa melindunginya daripada kepalsuan.
4. Al-Quran juga dapat menjadi penawar penyakit:
   (a) Firman Allah di dalam surah Bani Israel ayat 82:
       وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
(سورة بنى اسراىٔيل/الإسراء-82)      
       Ertinya:Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu,apa yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman,tetapi tidak menambah bagi orang-orang zalim kecuali kerugian.
   (b) Sabda Rasulullah(s.a.w.) yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud:
       Sebaik-baik penawar itu Al-Quran.
   (c) Sabda Rasulullah(s.a.w.) yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Al-Hakim yang bermakna:
       Hendaklah kamu ambil dua macam penawar:Madu dan Al-Quran.
5. Al-Quran juga merupakan mukjizat kepada golongan jin.
6. Jin dimaksudkan sebagai sejenis makhluk halus yang dijadikan oleh Allah daripada api,dapat menjelma berbagai-bagai rupa,mempunyai akal fikiran dan dikenakan tuntutan agama sebagaimana manusia juga.
7. Dalil yang menunjukkan jin dan manusia dikenakan tuntutan agama adalah sebagaimana firman Allah di dalam surah az-Zariat ayat 56: 
وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
(سورةالذاريات-56)
   Ertinya:Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku.
8. Jin ada yang beriman(Islam) dan ada yang kafir.Ini sebagaimana firman Allah di dalam:
   (a) surah al-Jin ayat 1-2:          
قُلْ أُوحِىَ إِلَىَّ أَنَّهُ ٱسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ ٱلْجِنِّ فَقَالُوٓا۟ إِنَّا سَمِعْنَا قُرْءَانًا عَجَبًا.يَهْدِىٓ إِلَى ٱلرُّشْدِ فَـَٔامَنَّا بِهِۦ ۖ وَلَن نُّشْرِكَ بِرَبِّنَآ أَحَدًا
(سورةالجن2-1)        
       Ertinya:Katakanlah(wahai Muhammad):Telah diwahyukan kepadaku bahawa segolongan daripada jin pernah mendengar(akan Al-Quran) lalu mereka berkata:Sesungguhnya kami telah mendengar suatu Quran(bacaan) yang mengagumkan*,yang menunjukkan jalan yang benar lalu kami pun beriman dengannya dan tidaklah kami akan menyengutukan Tuhan kami dengan sesiapa jua pun.
   (b) surah al-Jin ayat 14:     
       وَأَنَّا مِنَّا ٱلْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا ٱلْقَٰسِطُونَ ۖ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ تَحَرَّوْا۟ رَشَدًا        
  (سورةالجن14)
       Ertinya:Sesungguhnya di antara kami ada yang Islam dan ada pula yang jahat.Barangsiapa yang Islam maka itulah orang-orang yang sengaja menumpu jalan-jalan yang benar.
    * Jin kagum mendengar bacaan Al-Quran kerana keindahan bahasa dan kandungannya yang belum pernah didengari mereka akan bacaan yang sempurna.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH