SEJARAH 8.16 PEPERANGAN BANI MUSTALIQ

8.16 PEPERANGAN BANI MUSTALIQ

1. Pada bulan Syaaban tahun Hijrah yang keenam,bani Mustaliq bersiap sedia untuk memerangi orang-orang Islam.
2. Rasulullah(s.a.w.) bersama dengan tentera Islam menyerang bani Mustaliq di Al-Muarisi dan akhirnya mereka dapat ditewaskan.
3. Pihak musuh yang terbunuh ialah 10 orang dan yang dapat ditawan 2000 orang.
4. Semasa pulang ke Madinah,Abdullah bin Ubai telah menghasut golongannya supaya memberontak tetapi tidak berjaya.
5. Semasa perjalanan pulang itu juga,Aishah telah difitnah kononnya melakukan perbuatan curang oleh segolongan orang Munafikin.
6. Kemudian turut ayat Al-Quran yang menyatakan tentang kesucian Aishah dan hilanglah desas-desus yang tidak berasas itu.
7. Rasulullah(s.a.w.) kemudian berkahwin dengan Juariah binti Al-Haris iaitu ketua bani Mustaliq.
8. Dengan pernikahan ini maka banyak para sahabat membebaskan orang tawanan masing-masing dan bani Mustaliq memeluk Islam bersama dengan anak buah mereka.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH