SEJARAH 8.11 PERTEMPURAN UHUD MELETUS

8.11 PERTEMPURAN UHUD MELETUS

1. Awalnya pertempuran yang hebat di antara kedua-dua pihak dimenangi oleh tentera Islam.
2. Sayidina Hamzah dibunuh oleh Wahsyi,seorang hamba yang berbangsa Habsyi yang diupah oleh Hindun binti Utbah,secara tikam curi.
3. Hindun mengupah Wahsyi untuk membunuh Sayidina Hamzah kerana Hindun berasa marah kepada Sayidina Hamzah telah membunuh ayahnya di dalam peperangan Badar yang lalu.
4. Kemenangan ini adalah disebabkan oleh kebijaksanaan Rasulullah(s.a.w.) menyusun barisan tentera,iman yang kuat,tabah hati,berani dan tahan menderita bagi menghadapi musuh.
5. Setelah tentera Musyrikin berundur,maka tentera Islam mengutip harta rampasan.Tentera pemanah pun turun kerana tamak akan harta dengan melanggar pesanan yang diberikan oleh Rasulullah(s.a.w.).
6. Di dalam keadaan tentera Islam mengutip harta rampasan,maka tiba-tiba tentera Musyrikin menyerang semula yang menjadikan tentera Islam kelam kabut lalu kalah.
7. Rasulullah(s.a.w.) sendiri cedera di dalam peperangan Uhud ini.
8. Akibat kemenangan ini,musuh mulai mengganas kepada mayat-mayat orang Islam yang gugur syahid,Hindun telah membelah perut Sayidina Hamzah dan mengunyah limpanya.
9. 70 orang tentera Islam yang terbunuh dan di pihak Musyrikin pula,sebanyak 23 orang.
10.Setelah mengebumikan tentera Islam yang telah terbunuh,maka Rasulullah(s.a.w.) telah mengejar musuh hingga ke Hamraul Asad kemudian pulang ke Madinah. 

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH