FEKAH - HAJI DAN UMRAH - O TAHALLUL

TAHALLUL
Ertinya:Keluar daripada ihram haji atau umrah dan boleh melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam ihram setelah melakukan ibadat yang tertentu.

BAHAGIAN-BAHAGIAN TAHALLUL
1.Tahallul Awal iaitu keluar daripada ihram haji/umrah setelah selesai melakukan 2 daripada 3 ibadat yang berikut:
(a)Melontar di Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah.
(b)Bercukur(dilakukan selepas Jamrah).
(c)Tawaf rukun.
2.Tahallul Thani iaitu setelah selesai mengerjakan 3 ibadat yang di atas.

LARANGAN-LARANGAN KETIKA TAHALLUL
1.Selepas Tahallul Awal:Boleh melakukan semua perkara yang dilarang ketika dalam ihram kecuali 3 perkara iaitu:
(a) Bersetubuh
(b) Bergurau senda sehingga menaikkan keinginan syahwat.
(c) Berakad nikah/berkahwin.
2.Selepas Tahallul Thani,semua perkara yang dilarang ketika ihram boleh dilakukan.

HIKMAH DIADAKAN TAHALLUL
1.Memberi kesenangan kepada jemaah haji kerana masa mengerjakan ibadah haji yang agak panjang boleh membebankan mereka.
2.Memberi kerehatan kepada jemaah haji yang uzur.
3.Supaya jemaah haji dapat menangguhkan ibadah tawaf untuk dikerjakan di hari-hari selepas 14 Zulhijjah kerana larangan semasa ihram sudah dibebaskan.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH