FEKAH - ZAKAT - L ZAKAT HARTA RIKAZ

ZAKAT HARTA RIKAZ
Iaitu emas dan perak yang dijumpai tertanam di dalam tanah yang dipercayai tidak dimiliki oleh sesiapa.

DALIL WAJIB ZAKAT INI
Daripada Hadis Rasulullah:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَه أَنَّ النَّبِى قَالَ: وَفِى الرِّكَازِالْخُمْسُ
Ertinya:Daripada Abu Hurairah telah bersabda Nabi:Pada harta rikaz ialah 1/5 zakatnya.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT HARTA RIKAZ
1.Islam iaitu orang yang beragama Islam bukan kafir.
2.Merdeka bukan hamba abdi.
3.Milik yang sempurna iaitu harta bukan milik orang lain.Harta itu dimiliki oleh orang yang menjumpainya.

KADAR ZAKAT HARTA RIKAZ
Ialah 1/5 atau 20%.
Contoh:800 gram emas(harta rikaz).Zakatnya 800 x 1/5 =160 gram.

CATATAN TAMBAHAN
1.Zakat harta rikaz tidak perlu menunggu cukup haul(genap setahun) dan tidak ada permulaan nisabnya.
2.Cara mengeluarkan zakat ini ialah apabila dijumpai harta rikaz ini dan ditentukan oleh syarak hendaklah dikeluarkan zakat.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH