FEKAH - ZAKAT - J ZAKAT MATA WANG

ZAKAT MATA WANG
SEBAB-SEBAB MATA WANG DIKENAKAN ZAKAT
1.Mata wang merupakan sumber kekayaan manusia.
2.Merupakan alat yang penting dalam kehidupan manusia,wang diperlukan sebagai barang perantaraan pertukaran barangan.
3.Mata wang menjadi rebutan manusia kerana amat diperlukan.

JENIS MATA WANG YANG DIWAJIBKAN ZAKAT
Iaitu mata wang yang sah diperakui dalam sesebuah negara sama ada merupakan jenis logam atau wang kertas.Contohnya:ringgit(RM),dollar,yen,rial,rupiah dan sebagainya.

SYARAT WAJIB ZAKAT MATA WANG
Syarat-syaratnya:
1.Islam iaitu bukan orang kafir.
2.Merdeka iaitu bukan hamba sahaya.
3.Cukup haul iaitu genap setahun.
4.Sampai nisab iaitu cukup kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
5.Sempurna milik iaitu wang tersebut milik sendiri.
6.Tertentu pemilik iaitu wang tersebut mempunyai pemilik yang sah.

PERMULAAN NISAB ZAKAT MATA WANG
Mengikut kadar harga 85gram emas dalam pasaran antarabangsa.Kadar ini sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa.Mengikut kadar dalam tahun 1410/1989 adalah sebanyak RM3500.00(yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal-ehwal Agama Islam,Jabatan Perdana Menteri).

KADAR DAN PERATURAN MENGELUARKANNYA
Wang simpanan termasuk wang yang diberi hutang kepada orang lain yang diyakini akan dibayar balik,saham-saham dan wang yang disimpan di bank-bank.Kecuali pihak berkenaan sudah mengeluarkan zakat daripada simpanan kita itu seperti yang dilakukan oleh Tabung Haji.Apabila genap setahun dan cukup nisabnya hendaklah dikeluarkan zakat.
Kadar zakat yang dikenakan ialah 2.5% atau 1/40.
Contohnya:Wang simpanan berjumlah RM8000.00.
Zakatnya:RM8000 X 1/40 = RM200.00.

~Ilmu ini dkongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH