FEKAH - ZAKAT - I ZAKAT HARTA GALIAN IAITU EMAS DAN PERAK

ZAKAT HARTA GALIAN IAITU EMAS DAN PERAK
Jenis-jenis yang diwajibkan zakat ialah:
(a) Jenis biji.
(b) Jenis ketul/logam.
(C) Jenis barang perhiasan.
(d) Jenis barang kemas yang tidak dipakai oleh wanita.

DALIL ZAKAT EMAS DAN PERAK
Firman Allah Taala:
وَالَّذِيْنَ يَكْنِزُوْنَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُوْ نَهَا فِى سَبِيْلِ  اللّٰهِ فَبَشَّرْ هُمْ بِعَذَابٍ اَلِيْمٍ 
Ertinya:Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya ke jalan yang diredhai oleh Allah,ingatkanlah mereka dengan azab Allah yang pedih.

SEBAB-SEBAB EMAS DAN PERAK SAHAJA DIKENAKAN ZAKAT
1.Harta ini merupakan sumber kekayaan manusia.
2.Harta ini menjadi tumpuan dan rebutan manusia.
3.Harta ini mempunyai nilai harga yang tinggi.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT EMAS DAN PERAK
Syarat-syarat umum:
1.Orang Islam iaitu bukan kafir.
2.Merdeka iaitu bukan hamba sahaya.
3.Cukup haul iaitu genap setahun dimiliki.
4.Sampai nisab iaitu cukup kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
5.Sempurna milik iaitu harta tersebut milik sendiri dan pemiliknya berkuasa penuh.
6.Tertentu pemilik iaitu harta tersebut mempunyai pemilik yang sah.
Syarat khusus:
Tidak dijadikan pakaian harian wanita,hanya disimpan sahaja.

PERMULAAN NISAB ZAKAT EMAS DAN PERAK 
1.Emas:
Nisabnya ialah 85 gram atau 20 misqal atau 2 1/2 mayam atau 2 tahil 1 kupang.
2.Perak:
Nisabnya ialah 594 gram atau 200 dirham.

KADAR YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT
Iaitu 2.5% atau 1/40.
Contoh:1000 gram emas.
Zakatnya:1000x1/40=25gram.

CATATAN TAMBAHAN
1.Emas dan perak yang tersimpan tidak boleh dicampurkan kedua-duanya untuk dikeluarkan zakat.
2.Emas dan perak yang dijadikan perhiasan sehari-hari wanita tidak diwajibkan zakat.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH