FEKAH - ZAKAT - K ZAKAT PERNIAGAAN

ZAKAT PERNIAGAAN
JENIS BARANG-BARANG PERNIAGAAN YANG DIWAJIBKAN ZAKAT
1.Iaitu segala jenis barang yang dicadangkan untuk dijual.
2.Barang tersebut halal dan boleh diperniagakan seperti kedai runcit,eksport,pengeluaran kilang,kedai makanan dan sebagainya.

DALIL WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN
Firman Allah Taala:
اَنْفِقُوْ ا مِنْ طَيِّبَا تِ مَا كَسَبْتُمْ 
Ertinya:Keluarkanlah daripada hasil yang baik daripada apa yang kamu usahakan(perniagakan).

SEBAB-SEBAB ALLAH MEWAJIBKAN ZAKAT PERNIAGAAN
1.Dapat memberikan keuntungan yang banyak bagi yang mengusahakannya.
2.Perniagaan merupakan sumber kekayaan manusia.
3.Berniaga adalah bidang yang amat digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN
Syarat-syarat umum:
1.Islam iaitu bukan orang kafir.
2.Merdeka iaitu bukan hamba abdi yang di bawah perintah tuannya.
3.Cukup haul iaitu genap setahun perniagaan itu.
4.Sampai nisab iaitu sampai kadar zakat yang telah ditetapkan oleh syarak.
5.Sempurna milik iaitu perniagaan tersebut milik sendiri.
6.Tertentu milik iaitu harta tersebut mempunyai pemiliknya yang sah.
Syarat-syarat khusus:
Barang yang diniat untuk diperniagakan.Barang yang tidak berniat untuk dijual tidak boleh dikira zakat seperti meja yang terletak di dalam kedai.

NISAB ZAKAT PERNIAGAAN
Sama seperti permulaan nisab zakat mata wang iaitu bergantung kepada harga 85 gram emas dalam pasaran dunia mengikut pasaran semasa.

KADAR YANG DIKENAKAN ZAKAT
Ialah 2.5% atau 2 1/2% atau 1/40(sama seperti zakat mata wang emas dan perak).

PERATURAN MENGELUARKANNYA
1.Apabila sudah cukup setahun berniaga.
2.Semua barang yang diperniagakan yang dinilaikan harganya mengikut harga masa itu.
3.Kemudian dicampurkan dengan wang simpanan dan hutang orang yang diyakini akan membayarnya.
4.Kemudian ditolak hutang kepada orang lain atau hutang kepada bank dan sebagainya.
5.Apabila cukup kadar nisabnya,maka hendaklah dikeluarkan zakat sebanyak 2 1/2% atau 1/40.

Contoh:
Perniagaan kedai runcit:
  Nilai harga barang-barang di dalam kedai      RM11,000.00 +
  Wang yang tersimpan(sendiri dan bank)         RM 5,000.00
  Hutang daripada pembeli yang yakin dibayar    RM 2,000.00
                                                ___________ 
  Jumlah                                        RM18,000.00 -
  Hutang perniagaan daripada bank               RM 3,000.00
                                                ___________
  Baki yang dikira zakat                        RM15,000.00

Zakat yang dikenakan ialah 15,000.00 x 1/40 = RM375.00.

CATATAN TAMBAHAN
1.Zakat perniagaan hendaklah dibayar dengan wang dan tidak boleh dengan barang yang dijual.
2.Zakat hendaklah ditunaikan pada tahun-tahun yang berikutnya,walaupun barang-barang itu sudah dinilaikan pada tahun yang lalu disebabkan belum dijual.
3.Perniagaan secara berkongsi hendaklah dikeluarkan zakat secara berkongsi juga.
4.Cukai pendapatan yang dikutip oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri tidak boleh dianggapkan sebagai zakat kerana pelaksanaannya tidak mengikut peraturan zakat sama ada cara mengutip atau pembahagiannya.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH