FEKAH - ZAKAT - H ZAKAT TANAM-TANAMAN DAN BUAH-BUAHAN

ZAKAT TANAM-TANAMAN DAN BUAH-BUAHAN
Jenis tanam-tanaman yang diwajibkan zakat
1.Tanaman yang menjadi makanan asasi bagi sesebuah negara seperti padi,gandum,jagung,sekoi dan barli.
2.Buah-buahan yang dikenakan zakat adalah yang tahan lama setelah dikeringkan iaitu tamar dan anggur.

DALIL ZAKAT TANAMAN
Firman Allah Taala:
وَآتُوْا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ
Ertinya:Berikan haknya apabila sudah dituai.


SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT TANAMAN
Syarat-syarat umum:
1.Islam iaitu orang yang beragama Islam bukan kafir.
2.Merdeka iaitu bukan hamba abdi.
3.Sampai nisab iaitu cukup kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
4.Sempurna milik iaitu milik sendiri dan dia berkuasa penuh terhadap tanaman tersebut.
5.Tertentu pemilik iaitu tanaman itu mempunyai pemilik yang sah dan bukan yang telah diwakafkan.
Syarat-syarat khusus:
1.Tanaman itu diusahakan oleh manusia dan bukan tumbuh sendiri.
2.Tahan disimpan lama sekurang-kurangnya satu tahun setelah dikeringkan.
3.Tanaman itu merupakan makanan asasi manusia.

SEBAB-SEBAB TANAMAN TERTENTU SAHAJA DIKENAKAN ZAKAT
1.Harta itu menjadi tumpuan manusia dan merupakan bahan yang penting kepada manusia.
2.Harta itu boleh disimpan lama dan dan tidak mudah rosak.
3.Harta tersebut merupakan sumber kekayaan manusia.

PERMULAAN NISAB ZAKAT TANAMAN DAN BUAH-BUAHAN
Ialah 400 gantang atau 5 ausaq atau 16 pikul atau 967.66 kilogram.
Dalilnya:
Sabda Rasulullah s.a.w.:
وَلَيْسَ فِيْمَا دُوْنَ خَمْسَةِ اَوْسَقٍ صَدَقَةً
Ertinya:Tidak dikenakan zakat tanaman yang kurang daripada 5 ausaq.

KADAR ZAKAT DAN PERATURAN MENGELUARKANNYA
1.Jika tanaman menggunakan perbelanjaan menyiram,jentera upahan dan sebagainya,maka kadarnya ialah 1/20 atau 5% sahaja.
2.Jika tanaman itu tidak menggunakan perbelanjaan pengurusan,airnya percuma dan menggunakan tenaga yang amat murah,maka kadar zakatnya 1/10 atau 10% sahaja.

Peraturannya:
Setelah tanaman itu dituai/dipungut,hendaklah dibersihkan.Jumlahkan hasil yang diperolehi,kemudian keluarkan zakat dengan kadar 1/10 atau 1/20 jika melebihi 400 gantang.

CATATAN TAMBAHAN
1.Wajib segera dikeluarkan zakat apabila sudah dituai.
2.Jika tanaman padi dua kali setahun,maka diwajibkan zakat setiap kali selepas dituai.
3.Jika tanaman kali pertama tidak cukup nisab,barulah dicampurkan dengan tanaman kali kedua dalam tahun yang sama.
4.Orang yang menyewa tanah adalah wajib mengeluarkan zakat bukan tuan tanah.
5.Buah-buahan yang masih di tangkai boleh dikira untuk kadar zakat tetapi zakat yang dikeluarkan hendaklah yang sudah dikeringkan.
6.Tuan kepada tanaman boleh menjual atau memakannya tetapi hendaklah dikira dalam perolehan yang dikenakan zakat.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH