SEJARAH 9.4 TINDAKAN ABU BAKAR - MENGHAPUSKAN ORANG MURTAD

9.4 TINDAKAN ABU BAKAR - MENGHAPUSKAN ORANG MURTAD

1. Apabila berita kewafatan Rasulullah(s.a.w.) tersebar luas,ada orang yang menjadi murtad.
2. Penduduk Madinah,Mekah dan Taif sahaja yang masih berpegang teguh kepada Islam.
3. Terdapat beberapa golongan orang murtad:
   (a) Golongan terus keluar dari agama Islam:
       (i) Musailamatul Al-Khazzab;
       (ii) Tulaihatul Al-Asadi;
       (iii) Al-Aswad bin Al-Anasi.
   (b) Golongan yang tidak mahu membayar zakat:
       (i) Malik bin Nuwairah. 
4. Antara sebab mereka menjadi murtad:
   (a) Kepercayaan kepada Islam tidak kuat;
   (b) Kuat berpegang kepada akhlak buruk;
   (c) Tidak dapat mengawal hawa nafsu yang ditegah menurut hukum Islam.
5. Abu Bakar terpaksa memerangi orang murtad kerana:
   (a) sebelum memerangi mereka Abu Bakar telah mengirimkan surat terlebih dahulu;
   (b) nabi palsu membohongi orang ramai;
   (c) mereka mengancam kedudukan Islam dan merupakan pengkhianatan yang mesti dihapuskan;
   (d) mereka bersikap keras dan cuba untuk menyerang Madinah.
6. Sebagai khalifah maka Abu Bakar telah menghantar surat dengan memberikan amaran dan nasihat kepada mereka supaya kembali kepada ajaran Islam.
7. Setelah dipujuk oleh Abu Bakar tetapi mereka masih berdegil,maka beliau membentuk pasukan tentera,antaranya:
   (a) Pasukan Khalid bin Al-Walid;
   (b) Pasukan Muhajir bin Umaiyah;
   (c) Pasukan Ikrimah bin Abu Jahal;
   (d) Pasukan Amru bin Al-As.
8. Amru bin Al-As dapat menghapuskan pemberontakan dari Bani Qazaah yang berhampiran dengan Tabuk.

Musailamatul Al-Khazzab
_______________________
1. Ia berasal dari Yamamah. 
2. Semasa Nabi(s.a.w.) masih hidup lagi ia sudah mengaku menjadi nabi dan mempunyai pengikut sebanyak 40000 orang.
3. Abu Bakar mengirimkan tentera yang diketuai oleh Ikrimah bin Abu Jahal bagi menentang mereka.Mereka dapat ditewaskan.
4. Musailamatul terbunuh dan pengikutnya kembali kepada Islam.

Al-Aswad Al-Anasi
_________________
1. Ia berasal dari Yaman dan mengaku menjadi nabi semasa Rasulullah(s.a.w.) masih hidup lagi.
2. Ia merampas kota Sanak dan Hadramaut daripada gabenor Islam.
3. Rasulullah(s.a.w.) memerintahkan Abu Musa Al-Asyaari dan Muaz bin Jabal supaya membunuh nabi palsu ini.
4. Aswad mati dibunuh oleh Fairuz Al-Harisi.
5. Qais bin Yaghus kemudian menggantikan Aswad.Abu Bakar mengirimkan tentera yang dipimpin oleh Muhajir bin Umaiyah bagi menghapuskan Qais dan pengikutnya.Akhirnya mereka dapat dihapuskan.

Tulaihatul Al-Asadi
___________________
1. Ia pendeta dan mendapat pengikut yang terdiri daripada orang-orang Yahudi.
2. Abu Bakar menghantar Khalid bin Al-Walid ke Bazzakhah untuk memeranginya.
3. Pertempuran yang hebat berlaku dan ia melarikan diri tetapi kemudian dengan rela hati memeluk agama Islam.

Malik bin Nuwairah
__________________
1. Ia pembesar bani Tamim.
2. Setelah Rasulullah(s.a.w.) wafat maka ia enggan membayar zakat.
3. Abu Bakar menghantar Khalid bin Al-Walid ke Al-Battah untuk menghapuskannya.
4. Pertempuran yang hebat dan ia dapat ditawan kemudian dihukum bunuh kerana kedegilannya.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH