SEJARAH 8.25 PERISTIWA SELEPAS PENAKLUKAN MEKAH

8.25 PERISTIWA SELEPAS PENAKLUKAN MEKAH

Peperangan Hunain
_________________
1. Hunain letaknya di selatan kota Mekah.
2. Setelah lima belas hari Mekah ditawan oleh Islam,maka sampailah berita kepada Rasulullah(s.a.w.) bahawa puak Hawazin dan Saqif yang diketuai oleh Malik bin Auf telah berkumpul di Hunain untuk menyerang Islam di Mekah.
3. Rasulullah(s.a.w.) bersama dengan tentera Islam berjumlah 12000 menuju ke Hunain.
4. Di awal peperangan,pihak Islam hampir-hampir kalah disebabkan:
   (a) tentera Islam diserang hendap waktu pagi yang gelap-gelita dengan keadaan mereka tidak mengetahui keadaan tempat itu;
   (b) sikap orang Islam yang berbangga dengan tentera yang banyak dan kemenangan-kemenangan yang telah lalu;
   (c) orang yang baru masuk Islam belum sebati dengan agama Islam dan belum mesra di antara mereka.
5. Rasulullah(s.a.w.) memberikan perangsang,kata-kata semangat dan nasihat supaya orang-orang Islam berperang bermati-matian.Akhirnya peperangan dimenangi juga oleh pihak Islam.
6. Seramai empat orang Islam terbunuh dan 70 orang musuh terbunuh.

Peperangan Taif
_______________

1. Saki-baki tentera Hawazin dan Saqif yang kalah di Hunain melarikan diri ke Taif dan berkubu di sana,termasuk ketua mereka Malik bin Auf.
2. Di Taif mereka mempunyai kubu yang kuat.Pihak Islam mengepung Taif selama sembilan belas hari.
3. Tidak lama kemudian Malik bin Auf berjumpa dengan Rasulullah(s.a.w.) dan memeluk Islam.
4. Dengan ini jatuhlah Taif ke tangan pihak Islam.

Pulang ke Madinah
_________________
1. Selepas menawan taif,Rasulullah(s.a.w.) pulang ke Madinah. 
2. Sebelum baginda pulang ke Madinah,baginda telah melantik Attab bin Asid sebagai ketua Mekah dan Muaz bin Jabal sebagai guru agama.

Peperangan Tabuk(Usrah)
_______________________
1. Pada tahun kesembilan Hijrah,tentera Rom telah berkumpul di Tabuk untuk menyerang Islam.
2. Pada masa itu Mekah dan Madinah ditimpa musim kemarau dan kesempitan makanan.
3. Peperangan Tabuk ini dikenali juga dengan Peperangan Usrah kerana berlaku pada musim kemarau dan ketika kesempitan makanan.
4. Kutipan derma dilancarkan bagi menanggung bekalan tentera Islam yang akan pergi ke Tabuk.Ini mendapat sambutan yang memuaskan di kalangan orang-orang Islam.
5. Antara mereka yang menderma ialah:
   (a) Abu Bakar menderma semua hartanya;
   (b) Usman bin Affan menderma 10000 dinar,300 ekor unta dan 50 ekor kuda;
   (c) Umar bin Al-Khattab menderma separuh hartanya.
6. Rasulullah(s.a.w.) bersama dengan 30000 orang tentera Islam menuju ke Tabuk.
7. Sayidina Ali dilantik menjadi pemangku ketua kerajaan Islam.
8. Apabila angkatan Islam tiba di Tabuk,maka tentera Rom sudah berundur lebih awal kerana mereka takut akan kekuatan tentera Islam yang begitu bersemangat.
9. Rasulullah(s.a.w.) menunggu kedatangan tentera Rom semula selama dua puluh malam dan akhirnya pulang ke Madinah.
10.Inilah peperangan yang terakhir bagi Rasulullah(s.a.w.) kerana tidak lama kemudian baginda wafat.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl



Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH