SEJARAH 8.27 MENGHANTAR TENTERA KE GHASSAN DAN KEWAFATAN RASULULLAH(S.A.W.)

8.27 MENGHANTAR TENTERA KE GHASSAN DAN KEWAFATAN RASULULLAH(S.A.W.)

1. Rasulullah(s.a.w.) melengkapkan tentera pimpinan Usamah bin Zaid yang masih muda bagi memerangi orang Ghassan yang telah membunuh mubaligh Islam dahulu.
2. Semasa angkatan Usamah tidak berapa jauh dari Madinah,iaitu di Jurf,maka sampai berita yang menyatakan Rasulullah(s.a.w.) telah uzur di Madinah.
3. Usamah membatalkan perjalanan dan terus pulang ke Madinah.
4. Semasa Rasulullah(s.a.w.) uzur pula,maka Abu Bakar menjadi imam solat.
5. Apabila diketahui oleh Rasulullah(s.a.w.) bahawa orang ramai bimbang akan keuzurannya,maka Rasulullah(s.a.w.) memaksakan dirinya pergi ke masjid dengan dipimpin oleh Ali dan Al-Fadl serta diiringi oleh Al-Abbas.
6. Sambil duduk di atas tangga mimbar bawah sekali,baginda berucap dengan menyuruh orang ramai agar jangan bimbang jika beliau wafat kerana rasul-rasul yang terdahulu pun wafat juga.Baginda menasihati orang Ansar serta orang Muhajirin supaya hidup berbaik-baik.
7. Pada hari Isnin 13 Rabiulawal tahun 11 Hijrah,bersamaan dengan 8 Jun  tahun 632 Masihi,Rasululah(s.a.w.) telah wafat.
8. Baginda berumur 63 tahun,berjuang mengembangkan Islam di Mekah selama tiga belas tahun dan di Madinah selama sepuluh tahun.
9. Orang ramai menjadi gempar dan sesetengah tidak mempercayai bahawa Rasulullah(s.a.w.) telah wafat.
10.Abu Bakar mengisytiharkan tentang kewafatan Rasulullah(s.a.w.) diiringi dengan beberapa nasihat yang menyatakan Nabi Muhammad(s.a.w.) telah wafat dan Allah jua yang kekal.
11.Orang ramai barulah tenang dan menerima kewafatan Rasulullah(s.a.w.) setelah menerima nasihat daripada Abu Bakar.
12.Setelah selesai memilih Abu Bakar sebagai khalifah Islam maka jenazah Rasulullah(s.a.w.) pun dimakamkan.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH