SEJARAH 8.26 HAJI PERPISAHAN

8.26 HAJI PERPISAHAN

1. Pada akhir bulan Zulkaedah tahun kesembilan Hijrah,Rasulullah(s.a.w.) memerintahkan Abu Bakar menjadi ketua menunaikan haji. 
2. Tidak lama kemudian Rasulullah(s.a.w) memerintahkan Sayidina Ali mengisytiharkan beberapa perkara di Mina.
3. Perkara-perkara itu ialah:
   (a) membatalkan perjanjian dengan orang-orang Musyrikin yang tidak setia dan mereka diberikan tempoh empat bulan;
   (b) bagi orang yang masih setia,persetiaan tetap berjalan sehingga selesai tempohnya; 
   (c) mulai tahun kesepuluh Hijrah,orang-orang kafir tidak dibenarkan mengerjakan haji lagi.
4. Pada 25 Zulkaedah 10 Hijrah pula,Rasulullah(s.a.w.) mengetuai orang ramai kira-kira 90000 orang untuk mengerjakan haji.
5. Semasa di Arafah,Rasulullah(s.a.w.) telah berucap kepada orang ramai.Antaranya baginda menyatakan mungkin itu perjumpaan terakhir dengannya.Baginda menyatakan tentang persamaan hak manusia,hak kaum perempuan di dalam beberapa bahagian,melarang pertumpahan darah dan melarang makan riba.
6. Di Arafah juga telah turun ayat yang terakhir sekali iaitu ayat 3 surah Al-Maidah:
   ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَٰمَ دِينًا
   Ertinya:Pada hari ini Aku sempurnakan agama kamu dan Aku sempurnakan nikmat-Ku ke atas kamu dan Aku redha Islam itu menjadi agama kamu.
7. Selama sepuluh hari Rasulullah(s.a.w.) tinggal di Mekah,baginda pun pulang ke Madinah.
8. Haji yang dikerjakan oleh Rasulullah(s.a.w.) pada tahun kesepuluhini terkenal dengan nama Haji Widak(Haji Perpisahan) kerana inilah kali terakhir Rasulullah(s.a.w.) bersama dengan orang Islam mengerjakan haji sebelum baginda wafat.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH