SEJARAH 9.3 PERLANTIKAN ABU BAKAR SEBAGAI KHALIFAH

9.3 PERLANTIKAN ABU BAKAR SEBAGAI KHALIFAH

1. Rasulullah(s.a.w.) wafat pada hari Isnin 13hb Rabiulawal 11 Hijrah.
2. Kaum Ansar berhimpun di Balai Bani Saidah kerana ingin melantik ketua kerajaan Islam bagi menggantikan Rasulullah(s.a.w.) yang telah wafat.Mereka memilih Saad bin Ubadah.
3. Peristiwa ini diketahui oleh orang Muhajirin.Abu Bakar,Abu Ubaidah Al-Jarrah dan diikuti oleh orang Muhajirin yang lain terus menuju ke Balai Bani Saidah.
4. Kemudian berlaku perbincangan hangat di antara kedua-dua pihak dengan masing-masing ingin akan jawatan khalifah dari golongan masing-masing.
5. Melihat keadan yang tegang ini,maka Umar cuba bangun untuk berucap tetapi dihalang oleh Abu Bakar.
6. Abu Bakar sendiri menenangkan keadaan dengan memberikan penjelasan sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati lalu ia mencalonkan Umar atau Abu Ubaidah Al-Jarrah sebagai khalifah.Apabila Umar mendengarkan ia dicalon,ia lantas bangun dan terus mencalonkan Abu Bakar menjadi khalifah yang kemudiannya dipersetujui oleh orang ramai.
7. Dengan persetujuan ini maka terlantiklah Abu Bakar menjadi khalifah Islam yang pertama.
8. Abu Bakar bangkit memberikan ucapan yang mengandungi nasihat kepada orang ramai setelah menjadi khalifah.
9. Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pada 13 Rabiulawal 11 Hijrah bersamaan dengan 632 Masihi.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH