ILMU FIKAH 1.1 BERSUCI

1.1 BERSUCI

Erti bersuci ialah membersihkan tubuh badan daripada kekotoran,sama ada kekotoran yang dapat dilihat mahupun kekotoran yang tidak dapat dilihat.


Contoh kekotoran yang dapat dilihat ialah nanah dan darah.


Contoh kekotoran yang tidak dapat dilihat ialah hadas besar dan hadas kecil.


Hukum bersuci wajib apabila seseorang Islam hendak mengerjakan ibadat seperti sembahyang,haji dan sebagainya.




Alat-alat untuk bersuci:


(a)Air;


(b)Tanah,apabila tiada air atau air tidak boleh digunakan;


(c)Benda-benda kesat seperti batu,kayu dan lain-lain;


(d)Samak-untuk menyuci kulit selain kulit anjing atau babi.



Hikmat bersuci:


(a)Allah mengasihi orang yang bersih;


(b)Menghilangkan perasaan jijik;


(c)Kebersihan sebahagian daripada iman;


(d)Menjauhkan sifat-sifat binatang;


(e)Menjaga kesihatan dan kebersihan;


(f)Merupakan keistimewaan kerana agama Islam mementingkan kebersihan.


~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl



Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH