FIKAH 1.2 HUKUM AIR

1.2 HUKUM AIR
1. Air ada lima bahagian:
(a) Air Mutlak;
(b) Air Mutanajjis;
(c) Air Mustakmal;
(d) Air Mutaghayyir;
(e) Air Makruh;

Air Mutlak
___________
1. Air mutlak ialah air biasa yang tidak dikaitkan dengan sesuatu nama tertentu.
2. Jenis-jenis air mutlak ialah:
(a) Air laut;
(b) Air sungai;
(c) Air hujan;
(d) Air salji;
(e) Air telaga;
(f) Air mata air;
(g) Air embun;
3.Hukum air mutlak ialah suci dan boleh menyucikan benda lain.

Air Mutanajjis
______________
1.Air mutanajjis ialah air yang kena najis yang tidak sampai sukatan dua kolah.
2.Hukum air mutanajjis:
(a) Tidak suci dan tidak boleh menyucikan walaupun air ini tidak berubah bau,warna atau rasanya;
(b) Air yang kena najis melebihi sukatan dua kolah dan berubah salah satu sifatnya(bau,warna dan rasa)maka juga tidak boleh menyucikan sesuatu;
(c) Air yang kena najis melebihi sukatan dua kolah dan tidak berubah salah satu sifatnya tidak dikira sebagai air mutanajjis.

Air Mustakmal
_____________
1. Air mustakmal ialah air yang telah digunakan dan kurang daripada dua kolah.
2. Hukum air mustakmal:
(a)  Suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain;
(b) Jika dikumpulkan sehingga melebihi dua kolah maka menjadi air mutlak.Oleh itu hukumnya suci dan boleh menyucikan,sekiranya tidak berubah bau,rasa atau warnanya.

Air Mutaghayyir
_______________
1. Air mutaghayyir ialah air yang berubah salah satu daripada sifat-sifatnya dengan sebab bercampur dengan benda-benda suci seperti kopi,kesumba dan lain-lain.   
2. Hukum air mutaghayyir suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain.


Air Makruh
__________

1. Air makruh ialah air yang terjemur di panas di dalam bekas yang mungkin berkarat(logam besi).
2. Hukum air makruh:
(a) Suci dan menyucikan tetapi makruh digunakan untuk menyucikan tubuh badan;
(b) Walau bagaimanapun,apabila sudah sejuk, tidak makruh lagi.

Lain-lain
_________
1. Air telaga atau air kolam yang berubah warna,rasa atau baunya dengan sebab daun kayu atau bunga jatuh ke dalamnya atau lumpur di sekelilingnya masih suci dan boleh menyucikan benda lain.
2. Air yang berubah kerana bertakung lama juga masih suci dan menyucikan yang lain.

Sukatan Dua Kolah
_________________
1. Sebanyak 9 2/3 tin minyak tanah atau beratnya 317 kati atau 195kg.
2. Kalau tempat itu berbentuk segiempat tepat,ukuran panjang,lebar,dan dalamnya ialah 23 2/5 inci atau 60cm.
3. Kalau tempat itu berbentuk bulat,ukuran bukanya 18 inci(45.7cm) dan dalamnya25 inci(63.5cm).











~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH