SEJARAH 7.8 MEKAH SEMASA PEMERINTAHAN HASYIM DAN AL-MUTALIB

7.8 MEKAH SEMASA PEMERINTAHAN HASYIM DAN AL-MUTALIB

1. Di antara anak-anak Abdul Manaf,Hasyimlah yang lebih dihormati dan kaya.
2. Beliau memegang jawatan Siqayah dan Rifadah serta berusaha untuk memajukan Mekah.
3. Beliau mengadakan angkatan perniagaan dua musim iaitu:-
   (a) Musim sejuk ke negeri Yaman;
   (b) Musim panas ke negeri Syam.
4. Buku yang menunjukkan mereka berniaga dua musim adalah sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Quraisy ayat 1-2:
لِإِيلَٰفِ قُرَيْشٍ.إِۦلَٰفِهِمْ رِحْلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيْفِ
   Ertinya:Kerana kebiasaan kaum Quraisy,kebiasaan mereka di dalam pelayaran dua musim iaitu musim sejuk dan musim panas.
5. Mekah pada masa pemerintahan Hasyim sangat maju.Ini kerana 
   (a) Mengikat perjanjian setia dengan Rom dan Raja Ghassan;
   (b) Abdu Syam mengikat perjanjian perniagaan dengan Najasyi,Raja Habsyah.
   (c) Al-Muttalib mengikat perjanjian setia dengan Farsi dan Suku Himyar di Yaman.
6. Mekah menjadi pusat perniagaan yang terkenal pada masa itu.
7. Semasa Hasyim meninggal dunia,pemerintahan Siqayah dan Rifadah dipangku sementara oleh Al-Muttalib kemudian diserahkan kepada Abdul Muttalib.
8. Abdul Muttalib bernazar jika mendapat anak lelaki melebihi sepuluh orang,maka ia akan mengorbankan seorang daripada mereka.
9. Nazar Abdul Muttalib ini berjaya dan setelah diundi maka anaknya yang bernama Abdullah terpaksa dikorbankan.Tetapi dengan nasihat ahli nujum,korban itu dibatalkan dan digantikan dengan seekor unta.
10.Abdullah kemudian dikawinkan dengan Siti Aminah binti Abdul Wahab.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH