SEJARAH 8.23 PENAWANAN KOTA MEKAH

8.23 PENAWANAN KOTA MEKAH

1. Pada tahun kelapan Hijrah,bani Khuzaah yang berikat setia dengan Islam bersengketa dengan bani Bakar yang berikat setia dengan Quraisy.
2. Di dalam persengketaan ini pihak Quraisy membantu bani Bakar menentang bani Khuzaah dan ini bermakna Quraisy sudah melanggar perjanjian Hudaibiah yang dibuat dengan pihak Islam dahulu.
3. Bani Khuzaah telah mengadu kepada Rasulullah(s.a.w.). 
4. Apabila mendapat pengaduan daripada Khuzaah,maka Rasulullah(s.a.w.) bersama dengan tentera berjumlah 10000 orang menuju ke Mekah untuk membalas perbuatan orang-orang Quraisy itu.
5. Ketika sampai di Juhfah,maka datanglah Al-Abbas dan keluarganya lalu memeluk Islam.
6. Melalui Al-Abbas,Abu Sufian,ketua orang Quraisy pula memeluk Islam.
7. Rasulullah(s.a.w.) memerintahkan Abu Sufian memberitahu orang Quraisy jika mahu selamat daripada serangan Islam mestilah:
   (a) menumpang di rumah Abu Sufian;
   (b) masuk ke dalam masjid;
   (c) masuk ke rumah sendiri.
8. Pada 20 Ramadhan tahun 8 Hijrah,Rasulullah(s.a.w.) dan tentera Islam masuk ke kota Mekah sambil bertakbir dan terus tawaf di Kaabah sebanyak tujuh kali. 
9. Tentera pimpinan Rasulullah(s.a.w.) tidak menghadapi tentangan musuh tetapi tentera pimpinan Khalid bin Al-Walid menghadapi tentangan.Walaupun begitu dengan mudah sahaja dikalahkan oleh Khalid.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH